Pages

Tuesday, September 20, 2011

Jatuh Cinta Pada 'Ustaz' nya Dia....

Sewaktu di majlis perkahwinan anak Mudir Imam Muda, Ustaz Hassan Mahmud. Aku sempat berbual dengan ibu kepada Juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan. Ibunya begitu bersungguh menanyakan pengalaman aku sepanjang menjadi Imam Muda. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar kepada anaknya.


Makcik : "Asyraf...jadi imam muda ni banyak ujian dak?

Aku      : "Ujian tu biasalah. semua orang rasanya hadapi ujian makcik....Cuma masa yang diluang bersama keluarga kurang sikit la".

Makcik : Bukan ujian tentang masa yang makcik maksudkan. Tapi ujian dari wanita?...ada dak yang kacau Asyraf?

Aku   : Hahah (Aku ketawa kecil dalam hati ) Makcik...makcik...saya dah kahwin makcik. Rupa pun tadak sangat. Pendek pulak tuh..hehhehe..(sengaja aku takmau story kisah sebenar). Hassan lainlah makcik. Dia bujang lagi. Mesti ramai peminat. Eloklah makcik nikahkan dia awal. Saya faham sangat keadaan Hassan.

Makcik : Betol Asyraf. Makcik memang nak nikahkah dia cepat-cepat. Kalau Asyraf nak tahu, di rumah makcik dah sampai banyak surat untuk makcik

Aku  : Surat apa makcik??

Makcik : Terus terang makcik cakap Asyraf. Ada banyak surat yang datang nak memikat Hassan. Siap panggil makcik bonda tersayang lagi. Yang sayunya, diorang bawa Sirah Nabi Muhammad. Katanya mereka ingin menjadi seperti Khadijah yang meminang Muhammad!!!

Aku   ; Wow...(tersentap mak)...hebat betul!!

Terkejut aku dengan kisah Ibu Hassan tadi. Kisah aku tidaklah sedahsyat itu. Sekadar 'hint-hint' ada lah. Kisah Hassan lagi 'power'. Siap hantar pinangan melalui 'bakal ibu mertua' lagi. Hebat wanita zaman sekarang. Rupanya laku juga pak ustaz ni kan.

Teringat kisah di zaman kampus dahulu. Sebilik bersama seorang blogger Islamik. Walaupun ia bukan Irwansyah "Pencinta Wanita'. Namun ayatnya buatkan 'Hadirnya Cinta'. Walaupun ianya tidak se'ustaz' mana. Namun raut jernih wajahnya, janggut sejemput di dagu dan ayat-ayat 'tazkirahnya' buatkan terlentoknya Si Dara. Katanya ini bukan cinta 'plastik' semata. Tetapi cinta haruman sunnah kata mereka. Semuanya menggunakan kosmetik 'Cinta Islamik'. Sungguh berbunga. Gugur kopiah sang lebai dibuatnya.

Berbekalkan MacBook Pro di atas meja study. Di celah bilik rumah sewa yang sempit bagaikan istana tikus. Shami seorang blogger ala-ala Islamik mula mengatur ayat. Beberapa buku agama mula ditarik satu persatu dari almarinya. Mungkin ada kisah baru yang boleh dikongsi dengan pembaca.


Dihiasi blognya dengan gambar yang penuh ke'macho'an. Gambar wajahnya bersama janggut sejemput yang digubah menjadi sedikit kabur sambil tertunduk kebumi seolah seorang pemikir menanti hujannya ilham dari langit. Siapa tidak kenal dengan penulis blog bernama Shami. Bukan sekadar ayatnya menusuk kalbu si pembaca. Malah unsur Islami yang diterapkan buatkan hati peminat bertambah goncang.Apatah lagi jiwa wanita selembut sutera.

Walaupun aku dan rakan yang lain memiliki blog yang hampir sama. Namun entah mengapa 'aura' blogger bernama Shami ini lebih menarik perhatian ribuan gadis diluar sana. Adakah kerana Shami mempunyai sedikit wajah yang agak macho mengikut KPi selera gadis Melayu. Ataupun ayat 'semanis kurma' yang terserlah di dalam penulisannya. Walaubagaimanapun tahniah kepada mereka yang tersedak imannya dengan sentuhan bahasa puitis agama oleh Shami. Namun bagaimana pula yang tersentap hatinya kerana jatuh cinta pada si penulis.

Aku :   Amboi Mi (nama glamour Shami), senyum Kad Mesra Petronas nampak. Dapat 'cikaro' baru ker dalam Twitter kau tu?

Shami : Kau tengok....Awek ni tersentuh la dengan tulisan aku tadi. Katanya blog aku benar-benar mengembalikan semangat yang hampir putus asa. Perghh...kelllaass kau Shami!!!(puji diri sendiri)

Aku :   Pandai kau bermain ayat cinta dengan dia ek. Aku ingatkan buka buku agama menulis pasal agama. Rupanya kau pasang perangkap 'chenta' ek. Nampak saja muka alim bercahaya. Rupanya hati berbunga-bunga.

Shami : Ish...ada pulak perangkap 'chenta'. Entry aku kali ni kisah 'Sabar dalam ujian hidup'. Tapi minah ni tak  pasal-pasal tangkap leleh la pulak. Bukan aku buat story cerita Romeo dan Juliet. Semuanya islamik tau.

Aku : Tapi apasal blog aku tadak pun awek yang jatuh cinta. Nak kata tak hensem, tak mungkin. Aku 2 juta kali lebih hensem dari kau.

Shami : Ha....tu yang kau kena belajar skil dari aku. Untuk pengetahuan kau. Awek-awek zaman sekarang ni dah ubah trend. Gadis-gadis di luar sana sekarang buntu dengan sikap lelaki zaman sekarang. Penuh dengan sikap 'crocodile'. Zaman sekarang, aweks mencari lelaki yang beriman, baik, soleh, pandai agama dan muka suci macam aku ni ha...kikiki...(Shami ketawa nakal) Kononnya nak jadikan kita sebagai pembimbing hidup mereka....hehehe.

Aku : Owh...sebab tu lah entry blog kau ada hadis-hadis sikit. Sebut ayat al-Quran sikit. Kononnya kau ni pembimbing hati wanita yang kekosongan lah..Camtu?

Shami : Bro...mana-mana bisnes pun kena tau permintaan market bro...Kau tau tak, blog aku ni bukan sahaja wanita Muslimah bagaikan Ustazah sahaja yang minat tau. Siap 'cikaro' tip top dan minah rempit pun tersungkur di persimpangan. Malah ada artis tempatan pun dah mula baca blog aku. Amacam ok dak niat ikhlas aku ni?

Aku  : "Ikhlas kau kata??...(aku melempar tuala ke muka Shami) Walaubagaimanpun Shami kau memang hebat. Sekurang-kurangnya kau taklah menulis benda yang merapu dalam blog kau kan Shami. Salute sama lu bro..Aku suka orang ikhlas macam kau bro!!!(aku dan Shami ketawa menghiasi kesunyian )

Shami mula menutup notebooknya. Sesi berblogger sudah tamat. Sudah tiba masa untuk teruna Malaya itu beradu. Dicapainya telefon Blackberry mengakhiri doa tidurnya dengan melihat perkembangan akaun laman sosialnya. Mungkin ada si dara yang bertegur sapa. Mungkin juga bertanya pandangan agama. Mungkin lebih advane lagi mahu menghubunginya. Biasalah, takkan melalui penulisan sahaja hati boleh terubat. Sekali sekala suara yang merdu juga boleh merawat.

Mataku terus memandang gelagat Shami. Aku harap kata-katanya tadi sekadar gurauan. Bukan satu kenyataan. Bersangka baik dengan Shami. Tak mungkin ia menjual agamanya hanya kerana mencari wanita. Mungkin niatnya berkongsi ilmu agama. Tapi apakan daya. Wanita sudah mula bijak memilih teruna. Tidak menjadi kesalahan bukan. Siapa yang tidak mahu bertemankan lelaki beriman. Tetapi awas dengan niat hipokrasi iman di imej kita. Untuk siapa iman itu dipersembahkan. Adakah pada mata wanita atau pada wajah RabbNya?. Tidak mungkin jejaka beriman membeli wanita dengan menggadaikan syurga.


Kisah aku bersama Shami 2 tahun dahulu terhenti di situ. Sambil tangan memegang gelas memerhati suasana meriah kenduri kahwin dirumah pengantin. Aku merenung tajam melihat isteri tersayang yang duduk makan di sebelahku. Matanya sentiasa memerhati tajam kepadaku. Aku tahu apa yang tersimpan di hatinya. Sungguh berombak matanya menjeling kepadaku sewaktu mendengar pengakuan Ibu Imam Muda Hassan. Tangannya tidak henti-henti mencubit pehaku di bawah meja makan. Bibirku tersenyum menghiasi bicara, walaupun sakitnya terasa di bawah meja. Hatiku terus berkata-kata. "Nasib baik aku dah kahwin!!!"

Tuesday, July 5, 2011

Brunei ( 1 ) : Perasan Famous….



            Aku dan Mat berlari terus ke Terminal Bas Bersepadu TBS. Mengejar keretapi KLIA Transit. Perjalanan menuju ke Brunei Darussalam. Dah masuk 3 kali aku ke Brunei. Semuanya ceramah dan tazkirah. Entah bila pulak aku akan dijemput untuk meminang kerabat Sultan…ehem2.(isteriku spoting)

            Mat yang baru pertama kali ke luar Negara begitu exited. Apatah lagi nak naik kapal terbang. Terpaksa Mat langsaikan hutangnya di pejabat PTPTN kerana nak buka semula namanya yang di blacklist.


Mat : Fuihh..laju gila keretapi ni..kat kampung aku tadak pun ketapi camni…

Aku : Mat…hang jangan dok buat exited terlebih Mat... Kampung aku pun tadak ketapi. Tapi tak kecoh macam hang pun…baru naik ketapi dah takut laju. Belum naik kapal terbang lagi.

Mat : Aku tak boleh bayang kalau tayar keretapi ni pancit…jenuh nak cari tiub ganti..

Aku : Tayar pecah ok lagi…tapi kalau kaburetor masuk ayaq?...semua kena turun train. Pastu tolak train ramai-ramai..

Mat : Hang jangan cakap macamtu…satgi kita nak naik kapal terbang. Lagi dangerous. Kalau flight rosak atas awan nano, agak2 RnR mana yang paling dekat dengan Brunei. Aku rasa kalau RnR Tapah confirm penuh.

Aku : Wei Mat…aku nak tanya hang. Apa perasaan hang bila firstime naik kapal terbang?

Mat : Hang jangan tanya macam tu Acab…aku penuh dengan bangga naik flight ni. Terasa diri ini bagaikan Syeikh Muzaffaar la pulak…

            Mat terus dengan kata-kata hikmah beliau. Aku buat-buat tak layan ja. Sampai sahaja di KLIA, aku bagaikan seorang tourist guide pada Mat. Kami terus naik flight bersama.

            Bila di atas flight, Mat dengan bangganya mengangguk-angguk sorang diri. Aku pun pelik dengan Mat ni.

Aku : Mat…apa pasai hang dok angguk sorang2 nih?

Mat : Akhirnya….akhirnya…Akhirnya..

AKu : Apa yang akhirnya?

Mat : Akhirnya sejarah terlakar…Sejarah baru utk Royal Brunei Airline. Lepa harus berbangga dengan kehadiran aku ke dalam flight lepa.

Aku : Ceh…kalau lepa tau hang firstime naik flight…dah lama pramugari tu gelak kat hang.

Mat : Hang tak percaya ka Acab…tuh..cuba hang tengok pramugari tuh..aku tak senyum dekat dia pun. Dia dok terhegeh-hegeh senyum kat aku. Kalau kata aku hensem sangat pun janganla macamtuh.

Aku : Wei…dah nama pramugari mestilah senyum kat semua penumpang. Ingat dia senyum kat hang sorang ka?

Mat : Memang dia senyum jugak dengan penumpang lain. Tapi dari senyuman pramugari tadi aku dapat rasakan ada kelainan. Senyuman pada orang hensem macam aku ni lain sikit. Dalam senyuman ada Taman Astakona!!!

            Tayar kapal terbang mula bergolek. Mat yang cakap banyak tadi mula mengatur bacaan ayat suci al-Quran. Penuh dengan mengucap dua kalimah syahadah. Takut mati rupanya sahabatku. Ingatkan sembang kemaih sangat tadi.

            Kapal terbang mula mendarat ke Lapangan Terbang Brunei Darussalam. Sepanjang berada di dalam kapal terbang. Aku tidak habis-habis senyum kepada yang mengenali. Ramai juga orang Brunei yang kenal. Turun-turun sahaja dari flight, terus disapa polis yang menanti.

Polis : Imam Muda ASyraf!!!!...wah…selamat datang Brunei.

Aku : Ya semoga Selamat…(dalam hati ‘katakan tidak pada rasuah”)

            Aku melangkah baru beberapa tapak. Datang satu rombongan penumpang yang sama ingin mengambil gambar. Belum sempat keluar dari Airport dah letih bibir daku memberi senyuman untuk berfoto. Aku orang yang terakhir ke pemeriksaan imegresen. Yang tak tahannya, semua akak-akak + aweks2 Imegresen Brunei datang berfoto. Dalam hati aku, entah pukul berapa aku boleh keluar dari Airport ni.

Mat : Wuihhh…femes jugak hang Acab kat sini. Macam Justin Bieber la pulak..Sampai aku pun depa nak tangkap gambar sekali. Bangga aku jalan dengan hang.

Aku : Yang hang pulak perasan lebih pasai apa?

Mat : belum jumpa orang Brunei lagi aku dah glemer. Lepas ni, hang pun tak boleh cari makan lagi Acab dengan aku.

Aku : kenapa plak aku tak ble cari makan?

Mat : Sebab Aku lagi hensem dari hang!!...fullstop!!

            Akhirnya dengan sekali senyuman, terus pegawai Kastam pulak memberi isyarat suruh aku masuk terus. Terus menuju ke Balai ketibaan…aku dan disambut oleh remaja2 di Brunei…

            Sepanjang 5 hari di Brunei. Akhirnya sampai waktu ingin pulang ke Malaysia. Aku dan Mat membeli Udang Galah yang masih fresh. Hampir 10 kg yang dibungkus. Beserta kuih wajid.

Aku : Mat…kita beli udang galah banyak2 ni, hang agak2 ada nak kena tahan dengan kastam kejap lagi?

Mat : Ceh…takkan kot..sepanjang hang dok kat Brunei ni, 3 hari 3 malam aku tengok hang dalam TV Brunei. Menteri pun senyum kat hang. Pengarah tu pengarah ni semua sambut hang. Orang Brunei semua suka hang mai Brunei. Takkah Kastam tu nak buat lawak pulak tahan hang kat Airport.

Aku : Hang cakap pandai. Kalau kena tahan, yang malunya aku. Bukan hang.

Mat : Acab…waktu hang masuk airport dulu…mula dari Imegresen sampai ke Kastam. Semua kenai hang. Takkanlah lepa tak lepas hang. Takpa…apapun biaq aku settle.

            Akhirnya sampai di Airport Brunei. Ramai yang menghantar ke Airport. Senyuman tetap diberikan. Tidak henti-henti warga Brunei berfoto. Akhirnya kami terus check-in bagasi. Sampai di bahagian kaunter Kastam.

Mat : Wei…wei…tu hang tengok pegawai Kastam kaunter 3 tuh. Sikit punya cun ka…pergh..kita pi kat dia la.. Aku nak tengok lama mana dia boleh jadi Kastam bila tengok aku yang smart nih….

Aku : Woi…selalunya pegawai perempuan yang susah kawteam.

Mat : takpa…serahkan pada beta. Hang senyum sikit kat dia. Confirm dia lepas baik punya.


            Sampai di Kaunter 3. Aku mula menegur Pegawai Kastam yang cantik manis. Dengan bertudung litup. Nampak muka macam tegas.

Aku : Kuala Lumpur dua orang. Dan ni kotak-kotaknya.

Kastam : Apa yang dalam kotak tu?

Aku : Udang galah!!!...sedap..kalau buat masak pedas manis…aduhai donia..donia..

Kastam : Maaf cik..Udang galah kalau nak dibawa pulang perlu ada permit. Kalu tiada permit limit sorang 2 kg sahaja.

Mat : Takkan tak boleh kot. Ni Imam Muda Asyraf. Dia datang ceramah di sini..

Kastam : Imam Muda Asyraf????...tak kenal pon!!!

            Setelah berdiskusi, berforum dan bertazkirah dengan awek kastam yang tak tengok Astro tersebut, akhirnya kami akur dengan keputusan beliau. Udang galah yang berbaki kami sedekah saja kepada orang yang hantar kami ke Airport. Sungguh sedih sungguh pilu. Beli mahal2 akhirnya jadi habuan orang lain.

Mat : Tu la hang Acab…hang kata hang famous…ni cikaro kastam punya cun pun tak kenai hang apa cer…

Aku : Mat..mat..bila masa aku kata aku famous..hang yang perasan lebih…kata hensem la…senyuman manis menawan la…

            Akhirnya aku mengerti. Tidak semua mengenali kita. Untuk apa kita terkenal di kalangan seluruh warga Brunei. Tapi jika Pegawai Kastam tidak mengenali kita, tiada juga gunanya..….Kesimpulannya disini….

”UNTUK APA TERKENAL DI KALANGAN PENDUDUK BUMI…ANDAI KITA TIDAK DIKENALI OLEH PENGHUNI LANGIT”…

Wednesday, April 6, 2011

Kisah Budak Putus Cinta

Suatu petang di warung bihun sup utara. Area Pantai Dalam Bandar Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Bukit Angkasa. Walaupun tiada pantai disitu. Tiada juga Syeikh Muzaffar menaiki angkasa disana. Namun itulah nama. Hiasilah nama anda walau ianya amat berbeza dengan identiti anda.

Sedang menghirup sup yang panas. Bersama Mat yang leka dibuai mimpi bihun sup. Hujan yang turun renyai-renyai buatkan hati bertambah dibuai. Adakah ini tandanya daku mula berhati jiwang.



Tiba-tiba datang seorang pemuda. Rambut serba belah tengah. Dengan gaya yang agak skema bagiku jika dibandingkan dengan zaman 'stylo'nya anak muda kini. Baju tertulis "Girlfriend Wanted". Seluar jeans berkaki kecil. Kasut Converse. Baru ku teringat..ini fesyen Jaguh Lebuh Raya. Sudah mungkin tidak layak baginya berada di Red Carpet ABPBH..Namun apa ada pada baju, andai jiwa seindah berlian.. Asalkan dalam hati ada taman...

Amir ( bkn nama sebenar ) : Assalamualaikum Ustaz kita..

Aku   : Waalaikumsalam orang muda kita..apa cer...dari mana hendak kemana..

Amir  : Dari bandar hendak ke muara...hehe..

Aku   : meh duduk-duduk minum dulu...order apa yang patut.

Amir  : Ustaz ada apa kat sini. Rindu bihun sup ka..

Aku   : Saja dah lama tak pekena bihun sup...Nama apa tak tau..

Amir  : Amir..Saya sekarang dok kerja di Mid Valley ustaz. Kerja Restoran. Dak ustaz...saya sebenarnya ada problem ustaz. Problem nih memang malu nak cerita. Tapi dah parah sangat dah.

Aku   : Apa dia cek...belum masuk gear satu berkenalan ko dah bawak mai problem..kotla nak bawak durian ka..boleh kita aqiqah ramai2 kat sini...Besaq sangatka problem tu..

Amir  : Masa itu golden ustaz..straigh to the point..Tak la besar sangat ustaz, tapi tiap malam kita tak boleh tidoq. Ni Rahsia Pohon Cemara punya kisah..Ini kes putus cinta ustaz!!! Awek saya dah takmau kat saya...dia nak kat orang lain..Mahligaimu Dari Airmataku ustaz..nyanyian Kumpulan Lestari.

Aku   : Aik...muka sikit punya brutal pun pasang awek ka...Dahsat..

Amir  : Ustaz jangan perli saya..tapi nak buat camana, dah tak boleh nak elak. Moto boleh pacak satu tayar..Lampu motor boleh menyuluh bulan..Tapi bab awek ni tersungkur ustaz..Nyanyian Rindu Buatmu..

Aku   : Betol2..sapa yang tak sedih kalau clash..Brutal-brutal jugak..tapi main dengan cinta Lukaku Lukamu Jua ni..mana boleh tahan..camana boleh putus tuh..setori sikit..

Amir  : Ntahla ustaz..hari tu saya tak dak kredit. Tetiba sahaja dia cakap saya ni tak respon sms dia. Saya dah topup, call dia balik, tapi dia tak angkat sampai kesudah..Luka Lama Berdarah Kembali ustaz..

Aku   : La...takkan sebab tu saja..manala nak tau dia tak angkat sebab dia buat-buat merajuk main cerita hindustan..Perempuan ni dia suka dipujuk...Laki kena jadi macam Tam Spider.."Relaku Pujuk"..

Amir  : Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia..Pujuk mender nya ustaz..tup tap tup tap dia dah pasang BF baru..Nak cakap hensem, saya hensem lagi...cuma dia smart dekat baju jer..style katakan..Pompuan sekarang kadang suka tengok style baju pakwe jer..

Aku   : Isy2..belum habis tempoh iddah dia dah cari 'balak' baru. Yang ko pun satu..Dah takdak awek lain ker sampai teringat dekat dier. Ubat aper dia pakai sampai ko tak leh lupa kat dia..Dirantai di Gelangi Rindu..

Amir  : tak boleh la ustaz..Hati ni tak boleh pi la..dok teringat kat dier jer..walaupun dier siap naik keta dengan pakwe baru depan mata kita..Macam nak siku jer side mirror keta pakwe dia..Dia ingat moto Yamaha LC saya ni cikai ker..


Aku   : Tu la ko...naper tak tukar pakai keta..pakai baju style2 skit..Dah dia buat cenggitu kat ko, masih lagi boleh tunggu. Kalau ustaz, dah lama tinggalkan awek gitu. Banyak lagi cikaro kat luar sana. Ko tak rasa macam diperbodohkan ker...walaupun ko tu budak U, namun ustaz tengok ko ni senang-senang jer kena tipu dengan GF ko tuh...Tak payah la suka dekat dier lagi..Nanti ko mesti dapat yang lebih baik dari dier.

Amir  : Saya ni dah tahap tak boleh pikir lagi ustaz. Masalah negara boleh lagi nak handle. Masalah aweks ni ustaz...aduhh..Saya dah tak kisah orang nak cakap aper kat saya. Mat Jiwang ker, Mat Bunga ker...yang penting awek saya tu saya nak balik..

Aku   : Ya Allah...dah terang lagi jelas dia buat ko macam tu, ko nak lagi dekat dier...Ko tau tak, yg dia cakap ko tak balas sms dier tuh hanya sekadar alasan jer. Dia nak cakap ko yang salah dalam Hubungan nih. Padahal dia yang dah ada BF baru. Dia cari alasan lain nak cover. Perempuan ni dia pantang digelar 'curang'. Kalau dia dah berkenan dengan orang lain pun dia tetap akan setia dengan BF lama. Sebab bagi  perempuan, curang tuh dikira jahat habis..tapi kes ko ni dah terbalik..

Amir  : Saya paham tuh memang alasan tak logik. Dia saja nak putuskan hubungan dengan saya. Bukan sebab saya tak balas SMS dia... Tapi ustaz...ni hati ni..Dah terlalu sayangkan dier..

Aku   : ya rabbi..Lupakan saja dia tu. Selalunya lelaki yang curang...Ni terbalik pulak..perempuan yang curang...mana boleh..Pantang lelaki dicurangi...Sia-sia ko pakai kasut converse..kalau ustaz, dah lama kasut tu melekat di wajah GF ko...hahah ( Aku sengaja membakar semangat..)

Amir  : Kalau dah hati tak boleh lupa macamana ustaz...bagi la ayat al-Quran yang boleh saya lupakan ex GF saya ustaz..

Aku   : Dalam al-Quran tak dak ayat khusus untuk lupakan si Aweks.. Namun ayat seluruh ayat al-Quran adalah penawar yang apabila dibaca, difahami, dihayati...membuatkan kita melupakan Cinta yang lain selain cinta ilahi...

Amir   : Ok2 ustaz..saya cuba..tapi...Erkk...kalau dah cuba tak boleh jugak ustaz...caner..ada tips lagi dak?

Aku    : Kalau ko tak boleh lupa jugak..ko pegi ketuk Pakwe awek ko tu dengan batu besar, lepas tuh ko bunuh Pakwe dia...pastu ko kena tangkap..ko masuk penjara. Last sekali ko mintak dekat warder penjara ko tu, nak buat permintaan terakhir... Ko pinjam kat diorang radio, kaset dan gitar...Last skali ko rakam nyanyian terakhir untuk bekas GF ko...Nyanyian Dalam Penjara..."Bertahun Sudah Ku Menunggu Dirimu...Akhirnya Kau Menjadi Milkku..."...habis cerita..



            Kisah pertemuan Amir dan Aku sangat panjang. Kisah suka duka nya dikongsi bersama. Puas aku penat menasihati. Jawapan yang sama..."Saya tak boleh lupakan si dia"..

           Macam inikah kisah cinta? Kawan-kawan kat luar sana. Si pembaca semua....nak tanya korang nih. Betulkah macam ni punya teruk orang yang putus cinta?...Betulkah lelaki jugak boleh jadi kurang siuman bila ditinggalkan awek mereka?

Lagu 'Butakah Cinta' nyanyian Spring itu tak memberi peringatan kepada kita ker? Sengaja nak tanya geng rock leleh diluar sana. Kot-kotla korang ada kisah ditinggalkan cikaro..jomla kongsi perasaan..

Cer citer...cer citer..

      

Saturday, April 2, 2011

Makan Lauk Ikan : Tazkirah Pun Tajuk Ikan


Ketika sedang makan di sebuah restoran kari kepala ikan. Saya disapa beberapa anak muda. Datang dengan gaya yang agak sopan. Penuh tertib. Bagaikan kumpulan nasyid era 80 an. Tersipu-sipu malu, kononnya saya ingin melamar mereka. Mereka menyedari saya lelaki dan mereka juga lelaki. Sudah semestinya tiada aktiviti memikat di situ.


Kami berbual sambil berkenalan. Sambil beberapa topik dibincangkan. Salah seorang dari mereka memandang tepat kearah kepala ikan di atas meja.

“Agak-agak ustaz la, ikan yang kita makan ni sakit atau tidak di tarik mata kail?”
“Ehm..Setiap yang bernyawa tentulah ada rasa sakitnya.” Jawab saya.
“Kalau macam tu, kesian lah dekat ikan ni.” Gurau mereka.
“Hehe. Bila cakap pasal ikan, ustaz teringat satu cerita. Antara ikan yang alim dan rakan-rakannya. Selingan tazkirah di waktu petang.” Saya tersenyum membalas gurauan.
 “Aik…lain macam bunyi tajuk tazkirah hari ni..macam nak bagi signal suruh kami belanja makan ikan nampak!!! Ok lah…ce citer ce citer.” Bersemangat mereka menyuruh saya meneruskan cerita.
           
         Dalam satu sungai terdapat beberapa kumpulan ikan. Yang sentiasa bermain di celahan batu. Ada yang alim ada yang nakal. Dalam banyak-banyak ikan itu, berlaku lah perbincangan di kalangan mereka. Ikan yang alim dengan rasa sayang kepada rakannya yang lain memulakan sembang kedai kopinya.

“Saksikanlah ikan-ikan sekalian. Di darat terdapat manusia. Mereka akan memperdayakan kita. Apabila kamu terlihat sebarang cacing ataupun umpan yang ada bersama di atasnya tali, maka tinggalkanlah. Kerana di dalam umpan tersebut ada mata kail. Hancur robek bibir kamu jika memakannya. Apabila kita memakan umpan tersebut, ditariknya kita dengan kuat sekali. Kemudian kita akan diangkat dan dipegang kuat oleh tangan manusia. Dibuangnya mata kail dari bibir kita sehingga robek bibir kita. Dibiarkan kita sesak nafas kita tanpa setitis air. Kemudian kita akan dipotong ekor, bibir, sisik. Insang kita akan ditarik keluar dengan rakus oleh manusia. Perut kita akan dibuang begitu sahaja.

            Kemudian kita akan di masukkan ke dalam minyak yang sangat panas. Sehingga kering segala isi dan tulang kita. Dan akhirnya kita akan dimakan satu persatu anggota badan kita oleh manusia di bumi. Ingatlah pesananku kepadamu tentang bahayanya makhluk di bumi sana kepada kita.” Pesan ikan yang alim kepada ikan yang lain.

            Walaupun ikan disitu semuanya setiap hari mendengar amaran tersebut, namun ramai di kalangan ikan yang memandang ringan pesanan ikan yang alim. Bagi mereka, tidak mungkin mereka tertipu dengan umpan manusia. Mereka beranggapan amaran itu hanya sekadar mainan. Lalu ada sebahagian ikan yang termakan umpan mata kail yang telah diletakkan oleh manusia.

Ikan yang termakan umpan tadi, tidak mungkin kembali semula ke dalam sungai. Yang ada hanyalah penyesalan. Walaupun ikan yang ditarik pancing itu sentiasa menjerit-jerit memberitahu rakan-rakan yang lain agar berhati-hati dengan umpan manusia. Namun, ikan-ikan yang lain langsung tidak mengambil iktibar dari kematian rakan mereka.

            Begitulah perumpamaannya seorang manusia. Apabila datang peringatan dari Allah dan para pendakwahnya, mengingatkan tentang kehidupan selepas kematian. Saat pedih diambil nyawa ketika sakaratul maut. Dihimpit di dalam kubur sehingga bersilang tulang rusuk kita. Dicincang dan di makan ulat. Di bakar dengan panasnya api neraka dan berbagai-bagai lagi seksaan yang tidak tergambar akal manusia.

            Namun ramai di kalangan manusia yang enggan. Yang alpa dan leka. Akhirnya mereka tergoda dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. Jadilah manusia umpama ikan. Yang sentiasa terlupa wajah Sang umpan.



           


Monday, March 14, 2011

MoU SAYUQ : Peritnya Ke Kampung Perik Kuala Nerang

Dalam perjalanan menuju ke rumah Mat yang penuh cubaan dugaan ku pasrah ku akur….

            Mat merupakan seorang bekas mahasiswa moden. Walaupun tinggal di kampung yang jauh dari kemodenan, Mat tetap dengan modennya. Kasut Gucci nya, Dompet Tough nya, tali pinggang Armani Exchange, Kemeja Paul Smith, Seluar Levis dari USA ( versi bundle Big E ), Stokin Calvin Klein ( tak boleh lawan blog stoking putih) dan jam tangan Tag Heuer nya. Beliau kaki bundle. Tangan juga bundle.

            Bergaya bukan main sakan. Bila dibuka almarinya penuh dengan barangan branded. Hanya aku yang masih memakai barang pasar malam.

“Wei..aku tak larat la nak turun Alor Staq…hang mai amik aku kat umah aku…Kampung Perik” kata Mat bunyinya agak sayu.
“Jauh nya kampung hang tu…nak kena masuk hutan dulu…”Aku membalas tanda malas.
“Tak jauh mana aih…sup sap sup sap dua batang pokok getah dah sampai umah aku” Mat menunjukkan semangat kerajinan.
“Ok la...ang tunggu hero Malaya masuk kampung hang…Jangan angkut geng kompang pulak..aku tak mau…aku kan pemalu orangnya” Aku tersenyum kononnya tip top.
“Ni mai ja la….tadak sapa nak sambut hang aih…dok buat femes gila-gila pulak…orang kampung aku bukannya kenai hang pun…Astro pun depa tak layan…TV Siam lagi best” Mat cuba membuktikan kealiman penduduk kampung Perik Kuala Nerang Kedah.

            Dalam perjalanan yang penuh onak dan duri, menongkah bukit-bukau, alor dan batasan, sawah bendang….akhirnya sampai juga ke kampung yang penuh dengan kepermaiannya itu.

            Mat yang serba moden itu dengan hanya bertuala keluar menyambut aku. Sikit pun tidak ia berasa keraguan bahawa badannya tidaklah sehebat Malek Noor.

“Mat…punyalah jauh kami mai…ada apa yang best sangat kampung hang nih…Tesco ada dak?” aku menggomel
“Hai…perli nampak..kampung aku nih walau tadak Tesco, namun ianya tetap menjadi pujaan hati rakyat Malaysia….kat penang hang ada dak tanam sayuq belakang rumah?” Mat bertanya bagaikan peguam.
“Selama aku hidup nih tak pernah aku tanam sayuq belakang rumah…yang aku pernah sekali tanam kucing mati” Aku menjawab bagaikan cerita seram penuh khurafat.
“Haa….jom kita pi belakang umah aku tengok sayuq…lepas tuh kita boleh buat MOU. Kot2la hang nak beli hartanah aku!!” Mat berucap bangga. Ia terlupa ia hanya bertuala. Sedangkan aku bila-bila sahaja boleh meragut tualanya disebabkan kebanggaan beliau dengan kampungnya.
 Akhirnya termeterai MOU persefahaman antara kedua belah pihak....
“Relax dulu…pekena cucuq meneram (ejaan yang tak pasti) dulu…bukan senang nak pi pekan Rabu beli. Dah la parking payah” Din meragut makanan dengan gaya seroang yang sangat lapar. Mentang-mentanglah baru balik dari Mesir.

            Kami meneruskan perjalanan pusing-pusing kampung. Menuju ke Universiti Utara Malaysia. Kononnya mahu makan angin disana. Melalui hiruk pikuk jalan yang sangat bercahaya. Dengan angin indah dari sawah bendang. Redupan di bawah rimbunan pohon yang sangat indah. Indahnya…indahnya …indahnya…walau tiada Tesco!!...

            Aku datang sebagai orang Bandar masuk kampung. Perjalanan yang aku sukai apabila menghayati matahari sedang turun. Wajah-wajah kanak-kanak yang bermain basikal di batasan jalan. Petani yang menghalau kerbau mereka. Terasa seronok sangat-sangat masuk ke kampung.

Din yang juga ikut rombongan dengan aku mula menggatal.
“Nampak gaya Mat…aku kena cari bakal Isteri dari kampung Kuala Nerang sorang.” Din menunjukkan wajah penuh pengharapan.
“Ha…mau tau la…kami kat sini makan beras Siam…sebab tu comel tuh..licin macam kulit muka aku nih” Mat bergaya model Maybeline.
“Mat…hang duduk diam-diam Mat…jangan dok buat gaya eksotik petang-petang nih…nanti aku toreh muka baru tau…Walaupun getah sekarang mahai, namun mukamu tetap menjadi pujaan torehku” Aku memberi amaran tsunami tanda kemurkaan kepada Mat.
           
Aku mula merenung beberapa kisah antara agama dan tumbuhan. Manusia sering menganggap merosakkan tumbuhan itu bukan kesalahan dalam agama. Kadang-kadang kita diakatakan memperjuangkan agama, namun dari awal-awal lagi tertewas dengan gerakan ‘Kehijauan’ di Barat sana. Kenapa bukan orang Islam yang memulakan ‘Earth Hour”. Kenapa di Negara Barat terlebih dahulu wujudnya gerakan Pencinta Alam. Kenapa bukan kita yang memahami erti cintakan Bumi ini mendominasi penjagaan keindahan yang sering dituturkan di dalam al-Quran?

Tuesday, March 8, 2011

Back To School : Rahsia Pagar Sekolah


Aku balik semula ke sekolah lama. Tempat lahirnya mamat yang penuh dengan kisah ‘teroris’nya. Sudah hampir separuh tahun aku tidak berpeluang untuk kembali ke sekolah lama. Tempat aku menagih simpati sang guru kerana ilmu mereka. Siapa yang berani dustakan kehebatan dirinya berasal dari guru.

         
   Entah berapa banyak line ‘adidas’ yang pernah terpalit di peha, betis, tangan dan banyak anggota badanku. Akibat terlalu ganas menongkah pagar sekolah. Istilah ‘fly’ sudah biasa. Menonton bola Piala Dunia di kedai Pak Ujang. Makan nasi ‘koboi’. Nasi putih, sup kosong dan telur dadar. Ada sos sikit pun dah dianggap bak ‘Victoria Station’.
“Tajul..wei malam nih game best wei..jom kita pi tengok kat kedai Pak Njang” Idea pemimpin Umat bernama Affan.
“Tak Mau la aku. Semalam budak Form 4 dah kantoi dengan Ustaz Sobri tengok bola kat kedai Pak Njang” Jawab Tajul dengan muka tanpa sifat keperwiraan.
“Wei…ni World Cup 1998 tau. Terlepas game ni hang kena tunggu 4 tahun lagi. Zaman sekarang ni, ramai yang dah mati waktu muda. Hanya Allah mengetahui ajal kita” Affan berdialog bagaikan penceramah bebas.
            Aku memandang Affan. Apa kena mengena game bola malam nih dengan kematian? Namun aku faham. Inilah ayat budak sekolah agama. Aku perlahan-lahan menghampiri kedua-dua ikon remaja tersebut.
“Agak-agak la, kalau kita fly petang ni juga ok dak? Kita pi Kompleks Bukit Jambul main game. Lepas tu, kita lepak sampai malam tengok bola kat kedai nasi kandar Kassim Mustapha”. Aku memberi idea sambil mengangkat kening. Kononnya idea aku inilah yang paling bernas dan bombastic.
“Haaa…yang tu aku setuju. Kalau keluaq dari awai ke Bukit Jambul aku setuju. Dah lama jari aku tak test main game Tekken 3 nih…aku baru balajaq buah HeiHachi baru. Jom…Lani jugak aku niat musafir!!”..semangat Tajul menyokong pandangan cerdas aku.
“Aku on ja…lagipun petang nih makcik kantin cakap kat aku lauk ikan curut dengan kacang panjang ja. Memang ‘not my taste’.” Affan pun mula setuju dengan mulianya.

            Seluar slack kaki besar warna hitam yang ditempah di Jefferson zaman sekolah dulu mula diambil dari ampaian. Pada bahagian poket seluar belah dalamnya tertulis dengan marker pen MAR. Maksudnya Muhammad Asyraf Ridzuan. Biasalah duduk di asrama. Kalau baju atau seluar tak ada nama, nanti cepat saja nak hilang. Budak asrama kan sentiasa pegang prinsip “SeluarMu SeluarKu Jua”.


           
Hari ni aku nak tuang prep. Aku, Affan, Tajul mandi dalam tandas yang sama. Cuma berbeza biliknya. Dalam hal ni tiada prinsip “…Mu…Ku…Jua”. Sambil shower menjunam diatas kepala, kami menyanyikan lagu sekolah. Walaupun nadanya tidak semerdu. Tapi sebagai semangat patriotic terhadap sekolah, iringan suara itu berpadu. Bagaikan Isabella 98. Amy, Saleem, Zamani dan Jamal. Sudah semestinya aku amik part Zamani. Kerana aku perasan hensem.
            Melangkah keluar dari bilik mandi. Membawa bersama cebok yang penuh dengan ubat gigi, shampoo, berus gigi dan pencuci muka. Biasalah. Muka waktu tu banyak jerawat gatai.
            Dalam dorm kami, aku mengambil bedak Tajul tanpa meminta izinnya. Kerana sudah maklum locker beliau adalah locker wakaf. Bedak Follow Me yang laku dek kerana iklan dari Azhar Sulaiman. Rambut disikat belah tengah bak budak skema. Namun dulunya belah tengah menjadi trend. Kononnya aku perasan nak rambut macam Leonardo Di Caprio dengan Kate Winslett dalam filem Titanic.
            Baju kemeja kotak yang longgar disinting tangannya. Kasut ‘LOFER’ ( aku pun tak tau macam mana nak eja) warna kulit coklat disarung. Topi Cap jenama Billabong dimahkotakan di kepala ini. Walaupun sayang jambul rambut yang amat indah ketika itu. Beg jenama Haitop digalas. Walaupun tiada satu barang apapun dalam beg tersebut. Mungkin bagi aku kononnya stylo.
            Si Affan dan Tajul sedang mengangkat almari. Ditarik dari bawah almari mereka seluar jeans. Bawah almari adalah tempat yang sangat selamat untuk mengelakkan dari kena rampas bila spotcheck. Biasalah…sekolah agama mana boleh pakai seluar jeans. Aku teramat teringin untuk pakai seluar jeans waktu tu. Tapi apakan daya. Mak dan abah tak kasi. Ayat cerita sedih.
            Perlahan-lahan kami melangkah keluar belakang asrama. Melalui celahan ampaian. Ada mata yang melihat. Namun, seolah-olah tidak nampak. Jika di sekolah asrama, siapa yang buka cerita report dekat warden, memang dianggap hina. Siap-siap boleh kena makan sabun mandi dengan senior.
            Di sekolah aku ada dua tempat yang menjadi laluan bagi pelajar-pelajar yang nak ‘fly’. Satunya pagar yang sudah digunting di hujung bangunan sekolah. Satu lagi tembok belakang asrama. Hasil percambahan minda, kami bertiga memilih untuk menggunakan laluan tembok belakang asrama.
           
“Wei Acap…hang tolong ambik kayu tu sat. Aku nak lapik bagi tinggi. Seluaq jeans aku ketat la. Nak langkah pagaq tak lepaih.” Arah Tajul bagaikan diala ketua Kongsi Gelap ketika itu.
“Ok lani aku langkah dulu. Ampa tolong angkat aku naa…aku kan insan yang paling kecik kat sini.” Aku menunjukkan muka simpati. Supaya aku diampu kaki untuk mudah melangkah pagar sekolah.
“Owh…mana boleh. Asyik tu ja modai hang. Setiap kali nak fly, hang selalu lepas dulu. Kami ni kemudian.” Affan meluahkan kata tidak setuju. Sambil gaya lenggok cakap mamak yang menggelengkan kepala.
“Ya la…takkanla aku yang kecik nak angkat ampa yang besaq dinosaur nih. Yang dulu tu sudah la…Usahmu Mengungkit Kisah Lama.” Aku memberi harapan Negara kepada Affan dan Tajul.
“Okaylah…kami angkat hang dulu. Lepas tu hang pegang beg kami na..” Ujar Affan dan tajul.
“Canteeekk…macamtulah dinamakan sahabat sejati kekal abadi…” Aku senyum manis sambil bermain mata dengan mereka.

            Aku diangkat melangkah pagar batu belakang sekolah. Tingginya hampir 7 kaki. Sesuai dengan budak nakal. Namun bagi aku, lagi tinggi lagi kujejaki. Kononnya motivasi diri. Makin tinggi cita-cita makin kuat impian.
            Bedebuk…!!!! Macam buah nangka busuk. Aku terjatuh dari tembok tadi. Aku tidak sempat nak landing macam AirBus. Panjat macam hero. Jatuh macam Zoro. Terdengar bunyi ketawa yang amat ikhlas dari Affan dan Tajul. Mereka ketawa bagai nak roboh tiang Taj Mahal.
“Wei…ampa gelak kat aku noh…mentang-mentang aku jatuh macam Zoro.” Aku menjerit dari luar tembok sekolah.
“Hahah…padan muka…nak sangat kami angkat hang kan. Sapa suruh landing tak kepak sayap. Kan dah jatuh.” Affan berkhutbah sambil ketawa.

            Tiba-tiba, dari jauh terdengar panggilan seorang yang amat ku kenali suara emasnya. Menyusup, menyelinap terus ke lubuk hati lalu menggetarkan jiwa serta betis keringku.

“Woi!!!!...ampa nak lari mana?” Serkah Ustaz Sobri jauh dari hujung tangga bangunan kelas.
            Aku terus tunduk bagaikan askar rejimen Melayu. Terdengar bunyi tapak kaki yang lari 100km/jam. Affan dan Tajul lari tak ingat dunia mahupun akhirat. Aku memanggil mereka, namun tidak ada jawapan.
“Ooo..nak fly…Ingat ustaz-ustaz nih tak nampak ek..” Suara ustaz Sobri terdengar semakin hampir dengan tembok sekolah. Aku terasa hanya tembok memisahkan kita.

“Asyraf!!!!...ingat ustaz tak nampak. Mai sini, bangun..” Panggil ustaz Sobri.
            Aku mendiamkan diri. Kelu seribu bahasa. Hati terasa bagai ditusuk sembilu. Aku mula mengangkat kepala. Rupa-rupanya, kelihatan wajah ustaz Sobri sedang memerhati dari atas tembok. Dengan senyuman manisnya. Membuatku tergoda. Jelingan manjanya buatku tertawan. Sungguh kau memang menawan.
“Nak lari mana Asyraf…sekolah kita nih bukan besar mana. Sini sekolah. Buat apa nak panjat tembok. Pintu depan kan ada. Bukannya kem PLKN nak kena panjat tembok.” Panjang betul tazkirah zohor dari Ustaz Sobri kali ini.
“Baik ustaz….ok-ok..saya panjat balik tembok ni ustaz.” aku dengan terketar memanjat tembok tinggi masuk semula ke kawasan sekolah.
“Mai sini…(Sambil tangan memulas telingaku) ikut Ustaz…Kamu nak keluar pergi mana dengan topi, bag semua nih.” Tanya Ustaz Sobri.
“Nak pi Bukit Jambul ustaz. Nak beli perkakas exam…lagipun exam dah dekat” Aku menjawab dengan ikhlas walaupun berbohong.
“Heheh…dahla panjat tembok sekolah.. ada hati nak tipu ustaz pulak..nak pi Bukit Jambul buat apa sebenarnya nih..cuba setori skit” Ustaz sentiasa nampak ceria walaupun mukanya panas membara.
“Heheh…nak tengok bola malam nih..lagipun game best ustaz malam nih” Aku pun tumpang gaya ceria seolah tidak bersalah.

            Agakan aku tersasar. Ku ingatkan ustaz yang ceria itu mahukan rundingan damai. Rupanya bertukar kepada serangan hendap. Di belakang tangannya terselit rotan hikmat. Bersilau apabila dipancar matahari. Terlihat kegagahan pada rotan tersebut.
Ustaz memimpin tanganku. Memegang bak seorang kekasih menyarungkan cincinnya.
‘Srrriiiiiiaaappppp!!!! Srrriiiaaappp!!! Sriiaappp!!
            Adoi Ustaz…sakit ustaz…ustaz merotan tepat kearah belakang betis aku. Terpahat 3 line Adidas. Merah menyala. Membentuk satu hakikat kebenaran. Tersemat ikatan kesalahan.
“Dah balik bilik…masuk prep…ustaz bagi can..lenkali masuk buku disiplin..nasib baik hari ni mood ustaz baik…pasang Sport Rim kereta baru..” Ustaz tersenyum tanda meredhai pemergianku.
“Baik ustaz..tobat lainkali tak buat dah…” Aku dengan penuh simpati Kami Prihatin mengundur diri.

            Sambil berjalan menuju ke asrama semula. Dengan langkah seorang perwira. Membawa sekelumit bekas rotan di betis. Tiba-tiba terdengar suara merdu Nyanyian Dari Penjara. Menyanyikan lagu ‘Mengusung Rindu’ Achik Spin.
“Sakit Hati…Sakit sekali,…melihat engkau berpimpin tangan dengan Sidia..”
“Sayu hati….Sayu sekali, pa bila rotan yang aku beri tak dihargai…HAHAHHA”…
            Aku memandang tepat kearah cermin tingkap nako di atas asrama. Ternampak empat biji mata yang menghendap. Aku kenal benar suara yang tak sedap itu. Tak lain dan tak bukan suara Tajul dan Affan.
“Kureng betol…ampa biaq aku sorang-sorang noh…” aku mengejar kedua-dua pejuang yang lari dari medan peperangan itu.
“HAHAHAH….hang kata hang TERRAA…padan muka” Affan dan Tajul terus lari.
            Aku tak mengharap untuk bertemu mereka. Terus, menyalin pakaian baju melayu seluar slack. Sambil kepala yang terlekat topi cap ditukar dengan songkok. Kasut ‘LOFER’ ditukar dengan selipar jepun. Menuju ke blok bangunan kelas untuk sesi Prep. Dalam perjalanan, mataku terlihat sesuatu yang amat bermakna. Aku tersenyum indah. Keranamu, diriku ini dihargai. Dari jauh ku lihat kereta Ustaz Sobri yang baru
Terima Kasih wahai SPORT RIM…keranamu kami aku mendakap tuah!!!...





Thursday, March 3, 2011

Cita-Citaku Menjadi Penyanyi Rock




Dulu kecik-kecik aku memang nak masuk TV. Katanya nak jadi penyanyi. Berdiri di bawah lampu di ruang tamu. Aku menyanyi lagu rock kapak sambil menari. Zaman rock kapak sedang menyinar. Mana tidaknya. Di bilik makcik yang menjaga aku semasa kecil penuh dengan kaset lagu rock kapak. Makcik aku sentiasa menyorok kaset dari ayahku. Radio cabuk buruk berwarna hitam yang sudah hilang punat ‘play’ nya sentiasa mewarnai dunia jiran tetangga di Taman Seberang Jaya Pulau Pinang.

            Abah dan mamaku jarang ada di rumah. Keluar pagi balik malam. Waktu abah dan mama tiada, waktu itulah suara radio terkenal itu berbunga-bunga melafazkan ikrar cintanya. Bila abah dan mama balik makcik cepat-cepat tutup radio. Abah cukup teliti untuk pastikan anak-anaknya tak terjebak dalam dunia rock. Abah bercita-cita mahukan anaknya menjadi al-Hafiz al-Quran. Dia tak sedar yang anaknya sudah menjadi al-Hafiz bagi lagu-lagu rock kapak. Balik sahaja dari tadika Islam, terus aku jumpa makcik aku dan siap dengan cover kaset. Aku menghafal lirik yang ada di cover kaset.

            Lagu-lagu Kumpulan Gersang nyanyian Man Bai, Iklim Suci Dalam Debu, Spring Sampai Hati, Di Alam Fana Cinta Fotograf, Karam Zabarjad, Sejati Wings, Isabella Search, Kembali Terjalin Slam, Disana Menanti Di Sini Menunggu Ukays, Mahligaimu Dari Airmataku Lestari, Salam Sejahtera Samudera, Damasutra Umpama Mimpi Koko Jelly dan banyak lagi lagu rock leleh dalam kepala.


Namun waktu itu aku hanya menyanyi di bawah lampu neon di ruang tamu. Sambil makcikku menjadi pengkritik tetap. Walaupun kritikan tidak setajam Adlin Aman Ramli. Aku tetap meneruskan nyanyia ber’mikrofon’kan botol bedak. Sambil tangan memetik raket badminton kononnya pengganti gitar. Namun aku bukan Man Kidal.

            Cita-cita untuk menjadi penyanyi seperti Abang Rahmat Mega dengan lagu Bayangan Gurauan sentiasa terpahat di hati. Melakar sejarah untuk menjadi penyanyi kanak-kanak seperti Mamat dengan Kumpulan Existnya sentiasa menjadi impian.

Itu sejarah ketika tadika dan sekolah rendah. Awek yang aku mengorat pada sekolah rendah semuanya dalam ingatan. Gejala menghantar surat di bawah meja awek sekolah rendah tidak dapat dilupakan. Bermain mata dengan pengawas sekolah di perpustakaan. Mengekori ‘cikaro’ di sekolah lain menjadi kebanggaan. Siapa yang ada awek sekolah sebelah dikira habis macho. Waktu itu aku tidak mengenal cinta dengan orang yang berbeza umur. Kalau cinta wajib dengan darjah yang sama.

            Entah mengapa itu kenangan waktu kecil. Untuk jadi topstar dalam nyanyian. Tapi rupanya abah memilih aku untuk ke sekolah agama. Abah dan mama benar-benar mengharapkan anaknya pandai bahasa Arab. Pandai hukum hakam.

            Dari seorang yang bercita-cita menjadi rockers. Berubah dengan mendadak. Menjadi seorang pak lebai. Kopiah yang tak pernah tertanggal melainkan ketika mandi wajib. Semangat untuk menjadi ustaz mula melebar. Rupa-rupanya Allah memilih aku menjadi seorang pak imam hendaknya. Aku sentiasa meminati sebarang bentuk bacaan al-Quran dari mana-mana syeikh Qari luar Negara. Sehingga sanggup bangun tengah malam merakam bacaan Imam Masjidil Haram.


            Sudah menjadi pasti, pak imam seperti aku hanya menetap di surau dan di Masjid. Menerima undangan majlis kematian dan keramaian. Memimpin tahlil dan selawat skop kerjanya. Mengelilingi masjid sekitar menyampaikan ilmu. Dan keluar dari bilik imam tatkala bilal mula meniup pembesar suara. Kerjaya yang cukup glamour di sisi penduduk kampung. Wajah yang sentiasa tampil dalam dunia broadcast di atas ‘Mimbar’nya. Setiap Jumaat ratusan menatap. Inilah dunia Sang Imam. Bukan untuk mengejar glamour. Namun menjadikan diri mereka dikenali satu kemestian. Agar masyarakat mudah mengadu. Menjadikan diri dimiliki umat.
          
  Jauh sekali cita-citaku ketika kecil untuk menjadi penyanyi kegilaan peminat, dengan bidang agama yang aku lalui. Aku lebih mencintai menjadi Imam dari menjadi penyanyi. Bukan salah penyanyi. Namun hati ini berkata “Aku seorang Imam”.

            Hari ini aku bukan setakat seorang Imam biasa. Aku digelar Imam Muda Astro Oasis. Dan tidak pernah terfikir di benakku untuk berada di kaca TV. Untuk bercakap di hadapan Perdana Menteri. Kata-kataku di dengari di Universiti. Sedangkan aku hanya seorang Imam yang tidak punya apa-apa istimewa. Cita-citaku sewaktu kecil rupa-rupanya menjadi realiti. Namun dalam bidang yang berbeza. Walaupun aku seorang Imam, namun memori lirik lagu ‘Rock Jiwang’ masih diingat. Boleh menjangkau 4 Gigabyte.

            Sehingga kini aku tertanya. “ Ya Allah…mengapa Engkau menggerakkan kakiku untuk ke Audition Imam Muda? Mengapa mudah aku berkata ‘YA’ untuk menyertainya. Sedangkan itu bukan mimpiku. Bukan jua arah kompasku. Namun aku menerima andai ini pilihanMu….




Sunday, February 27, 2011

UiTM Alor Gajah : Tahniah Student Masscom Dengan Jeans Stylo Anda.



            Hari Rabu baru-baru ini saya ke UiTM Lendu Alor Gajah. Anjuran student Masscom. Katanya ada program berkenaan ‘Soal Asyraf’ di sana. Mereka memberi tema program berkisar komunikasi dalam Islam. Begitu juga persoalan dalam dunia penyiaran mengikut acuan agama. Walaupun aku bukanlah seorang Doktor yang mampu membentangkan kertas kerja berkenaan Messcom, namun aku menyahut cabaran kononnya aku super Diva.

            

Bila disebut budak ‘Masscom’ terbayang dalam gambaranku bagaimana budak messcom UiTM Shah Alam. Kata member aku, budak-budak messcom ni ‘WOW’. Aku pun tak tau apa maksud ‘WOW’ yang kawan aku gelar kepada mereka. Atau aku buat-buat tak tahu. Yang pasti dress up diorang memang ‘klass’. Tidak dinamakan messcom kalau rambut tidak stylo. Tidak dinamakan messcom kalau handphone tanpa kamera. Namun bukan semuanya sama. Tapi itulah kebiasaannya.

            Bila abang Najib yang jaga jadual aku call aku. Dia cakap aku ada program di UiTM Alor Gajah anjuran budak Messcom, aku terus cakap ‘on’. Ini satu peluang yang baik. Bukan sebab boleh tengok ‘cikaro’. Tapi boleh tambah ilmu baru bila join dengan budak Messcom. Mungkin serba sedikit tempias ilmu dunia ‘Glam’ mereka boleh dikongsi.

            Yang peliknya, tetibe sahaja Ashraff bekas PA yang dah ambil surat pencen dariku pun cakap nak join pergi Alor Gajah. Walaupun nama kami bunyinya sama (Asyraf dan Ashraff), namun itu bukan bermakna haluan lebuhraya kami sama.

“Abang Acab..saya nak ikut join pegi UiTM Alor Gajah boleh?” tanya Ashraff kepadaku.

“Tak boleh…dah ramai nak ikut. Abang Najib nak ikut. Mat lagi. Cukup 3 orang. Kereta penuh…heheh”. Aku menyakat seolah-olah kereta Exora hanya mampu disumbat 3 jejaka yang agak meletup ketika itu.

“Alaa…abang Acab…boleh la. Abang Acab kan baik, soleh, hensem, wangi dan bertatasusila” Ashraff merengek manja memuji. Dari suaranya yang sumbang itu jelas kedengaran suara yang langsung jauh dari keikhlasan.

“Abang Acab tak makan bodek kay…Bukan Abang Acab tak bagi ikut. Mat yang tak mau ajak ramai-ramai” Aku sengaja menambah peratusan aktiviti menyakat dengan menjadikan Mat sebagai alasan.

“Ala Mat ni…nak makan sorang la tuh!!!” Jerit Ashraff. Dia bincang soal menu la pulak. Aku mula pening. Apa tetibe cakap soal makan ni. Aku nak pergi ceramah. Bukan nak pegi makan.

“Makan ape plak nih.” Aku buat-buat tak paham. Pelik. Selalunya Ashraff sentiasa sibuk. Entah kenapa dia semangat Satu Malaysia nak pergi sangat ke UITM Alor Gajah.

“Hehe…abang Acab tak tahu. Awek UiTM Alor Gajah ‘tip-top’. Tambah budak Messcom. Pergh…” Ashraff bercakap seolah jus oren berada di depannya. Terdengar guguran air liur tanda kempunan.

“Astaghfirullah…niat pun dah jahat. Ada hati nak ikut Abang Acab. Betulkan niat dulu baru boleh ikut.” Aku bercakap umpama menjadi ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam.

“Ok la…saya ubah dengan segeranya. Niat saya nak pergi dengar ceramah Abang Acab. Sambil menambah ilmu boleh tambah pahala yang dah lama tak kunjung tiba.” Ashraff bercakap dengan penuh tawadduk dan rendah diri. Walaupun dirinya memang diakui orang yang tidak cukup inci (im veri sori Ashraff…hehe). 
Namun beliau still mahu merendah diri.

            Perbualan berbunga kami rupanya didengari Sang Puteri bernama isteri. Akak Husna menjeling dari jauh. Aku mengerti apa isi dan kulit hatinya.

“Abang…ayang pun nak ikut pi UiTM Alor Gajah.” Kak Husna senyum memujuk.

“Betul nak ikut? Tak percaya dengan abang ker? Kalau nak ikut, Abang ok jer…” Aku memberi keizinan melambangkan bersih halalnya aktiviti aku untuk digunakan tanpa was-was.

Entah mengapa dia pun berminat nak ikut. Adakah kerana ‘balak’ UiTM Lendu juga meletop? Heheh…Sudah pasti itu bukan insan bernama Husna yang penuh kesetiaan. Aku mengerti. Kebosanan duduk dirumah suatu rutin bulanan. Ditinggalkan suami setiap hari sesuatu yang terpaksa di lalui. Buat isteri. Suamimu memilih untuk dikongsi bersama umat. Semoga pengorbananmu diganjariNya.

            Akhirnya kami pergi ke UiTM Lendu Alor Gajah seramai 5 orang. Aku, Husna, Abang Najib, Ashraff dan Mat. Inilah sejarah aku pergi program bawa selori kawan. Aku tiada masalah. Cuma teringat pihak penganjur. Adakah akan bertambah mangkuk mee menjamu pengunjung yang tidak diundang.

            Sampai sahaja di UiTM Lendu Alor Gajah, suasana yang disetorikan oleh rakan-rakan sebelum ini seakan ada realitinya. Gaya berjalan, style berpakaian student UiTM Lendu ini memang hebat. Korang memang Vogue. Tapi aku sukakan remaja seperti mereka. Bijak berfesyen. Tahu di mana baju itu perlu diletakkan. Dan bagiku tidak salah berfesyen. Asalkan ada skema jawapan agama dalam menentukan fesyen yang dipilih. Asalkan anda tidak digelar  panggilan ‘Mat Skema’.

            Dalam mereka melontar soalan kepadaku berkenaan isu komunikasi dalam Islam. Aku teruja dengan sikap mereka. Keprihatinan mereka. Ambil pedulinya mereka dengan agama. Banyak perkara yang ingin aku kongsi. Namun masa terlalu ‘jealous’ dengan diriku.

            Aku kagum. Mereka memiliki kepakaran terutama dalam bidang broadcasting. Advertising, Publishing dan sebagainya. Namun masih banyak prinsip agama yang mereka tertanya. Mereka mula mencari titik pertemuan antara agama dan penyiaran.

            Stigma cerita agama perlukan watak seorang ustaz, perlukan tasbih dan kopiah digambarkan seolah ianya baru berbentuk rancangan agama. Sedangkan ciri-ciri akhlak yang baik dan mendapat restu agama itu sudah cukup membuatkan ianya rancangan agama. Jika jalan ceritanya menggambarkan keadilan, kesaksamaan, kasih sayang, percintaan suami isteri, maka ia juga selayaknya dipanggil rancangan agama.

            Teringat bagaimana cerita yang menggabungkan kepakaran antara orang broadcast dan sejarah ilmuan Islam menghasilkan filem yang cukup menginsafkan seperti ‘Lion Of The Desert’. Tahniah kepada student Messcom. Walaupun anda stylo dengan tali pinggang anda, namun anda tidak diam dari memikirkan corak dunia penyiaran menurut Islam. 

Berbanding aku yang ber’title’kan orang agama selesa menjadi pengkritik menunggu anda melakukan kesilapan. Lalu bulu tangkis yang tanggung itu aku ‘smash’ sedaya mungkin buatkan anda tertanya “Apa Salah kami”. Bukan salah seluar jeans anda sebenarnya. Namun salah aku sebagai orang agama yang selesa dikerusi pengkritik mengalahkan Adlin Aman Ramli.



Tuesday, February 22, 2011

Tangkak Johor : “I Terlupa Nak Pakai Prada”

Hari ini kereta kelisa Kak Husna selesai dipasang tinted. Kereta jambu yang penuh dengan aksesori yang berwarna pink. Bantal love dibelakang cermin. Di tali pinggang ada mashimaro pink. Lapik tempat duduk ada pink. Semuanya pink. Cuma body dan enjin saja warna lain. 



            Terkadang bila aku pergi ceramah di area KL, untuk jimat minyak aku gunakan kereta kelisa pink nih. Sehingga terpalit padaku ‘Ustaz Pinky’. Aku tak kesah. Pinky pun pinky lah. Yang penting jiwa still ada kepahlawanannya… Ehem ehem.

            Selesai hantar kereta kelisa ke rumah. Aku dan Mat terus memecut ala-ala Schumacher menuju ke Ledang Johor. Namanya pun sudah menunjukkan sebuah tempat yang mungkin dianggap ‘Lost World’.
            Keluar sahaja dari exit Tangkak, terus kami ke hotel yang sudah ditempah pihak penganjur. Hotel di tengah-tengah pekan Tangkak. Nama hotel terpaksa dirahsiakan. Bukan takut diserbu. Tapi ianya hotel yang sangat unik. Sampai sahaja di reception hotel.


“Saya nak bilik yang dah dibooking oleh cik ...@#$%...” tanya aku kepada penjaga kaunter.

“Owh…ni bukan Imam Muda Asyraf ker?” Tanya si comel molek di kaunter

“Lebih kurang macam tu lah” Jawab aku dengan malu-malu beruang.

“ Ada bilik yang ditempah. Awak ada berapa orang? Tanya si comel tadi.

“Dua orang saja. Dua2 lelaki. Heheh” aku bergurau dengan kononnya tiada maksiat akan berlaku.

“Tapi cik…bilik katil satu saja..king size” Kata penjaga kaunter sambil tersenyum amoi sebelahnya.

“Ok la tu satu katil…takkan nak 30 katil kot. Itu bukan bilik hotel. Itu bilik dorm. Lagipun dua2 laki.” Semangat aku menghurai walau tanpa dipinta.

            Kedua-dua awek penjaga kaunter tersenyum sinis. Aku tidak paham. Apakah disebalik senyuman mereka. Apa yang begitu lawak. Aku bukan artis Raja Lawak.
            Apabila berjalan menuju ke lif. Mata ini seolah2 terpaku. Terkejut dengan satu jelingan yang sangat indah. Dari bilik belakang pintu hotel. Bajunya iras-iras Lady Gaga. Cuma pada bahunya agak ketat saiz. Mungkin dia tersilap tempah. Kakinya berotot. Mungkin dia mewakili sekolah dalam sukan Sepak takraw. Namun, apapun saiznya, senyuman nya tetap menawan…hehe…

            ‘Wanita’ itu berjalan kucing menuju kepada aku. Perlahan-lahan aku merenung. Aku konfius. Apakah didalam perasaan hati ini. Seram bulu roma. Jantung bergetar. Adakah getarnya jantung kerana tergoda. Atau dek kerana terkesima. ‘Wanita’ itu berada di hadapanku.

“Ni Imam Muda Asyraf kan” Wanita itu meneka dalam suara bak ais kacang. Dicampur segalanya. Ada merdu ada juga garaunya. 

“Ya saya…Imam Muda…cik ni Ustazah Muda ka?” tanya saya seolah-olah tidak mengenali intan mahupun kaca.

“Amboooii…ustaz nih…suka bergurau dengan saya…pandai menyakat pulak tuh.” Menjeling manja ‘wanita’ tersebut. Sehingga tarik krem kaki aku dibuatnya.

“Owh…jadi ni bukan Ustazah Muda la yer…tersilap tekan nombor telefon la saya tadi…”

“Ustaz nih..nak mintak izin tangkap gambar boleh? Manala nak tahu, tengok gambar ustaz boleh insaf ker..hahah” Ketawa yang mengeluarkan suara sebenar identity ‘wanita’ tersebut.

“Awat tak boleh pulak. Nak tangkap tuan punya badan pun boleh..hahah” aku sengaja main tarik tali. Mat kawanku dah gelak bagai nak putus urat tekak. 

            Kami pun bergambar sekali. Yang menariknya dia dengan gaya tersendiri. Menghulurkan sebelah kaki ke depan. Sambil tangan menggantung hand bag mak datinnya. Wah..very vogue. 

“ Terima kasih ustaz…ada masa jumpa la Mas lagi ek di bawah hotel nih.” Dia dengan sengaja perkenalkan diri.

“Mas?...nama penuh aper..? takkan Mas jer..MAS Airline ker, Pisang Emas ker, Atau MASa itu emas..? tanya saya dengan exited.

“Malu lah ustaz…ustaz jangan marah ek..nama saya Masrizal sebenarnya…apa boleh buat ustaz..sy ni dari kecil lagi suka jiwa perempuan nih” Malu-malu tapi mahu dibuatnya ‘Wanita’ yang ada halqum depan aku berkhutbah.

            Lelaki rupanya manusia bertitle Mas. Ku pikirkan perempuan. Walaupun pada asalnya dalam hati ada syubhah dengan identitinya. Dia lari tersipu-sipu sambil mengawal keperibadian sopan santun  lemah gemalainya. Mas sentiasa menjaga adat-adat ketimuran seorang wanita melayu terakhir. Mas lari menuju kepada rakannya di belakang pintu hotel. Semuanya tertunggu-tunggu kehadiran Mas.
            Aku terdengar perbualan antara sesama mereka.

“Eiii..besnya dapat tangkap gambar dengan Imam Muda tuh” Kata Mas kepada rakan-rakannya.

“Wah Mas…terserlah kesolehahan You…hikihik..”ketawa rakan-rakannya yang sama lenggoknya dengan Mas.

“Tak sabar aku nak balik kampung tunjuk kat mak aku calon pilihan…OMG…Mungkin inikah pertemuan jodohku!!!” Hahahaha…ketawa besar semua mereka. Aku yang dari tadi tahan nafas terlepas segala ketawa yang tersimpan di perut. Peceh perut aku dan Mat gelak dengar telatah Mas and Da Geng. Tapi rupanya Mas seolah merengek tidak berpuas hati dengan gambar tadi. Mas memanggilku.

“Ustaz…!!!” panggil Mas dari jauh.

“Kenapanyer Mas…terlupa nak tanya nombor bilik saya ker?Hahah…aku bergurau.


“Isy2 ustaz nih..nakal tau..Bukan aper, gambar nih kureng skit la…” Jerit Mas seakan sedih.

“Kenapa? Tak clear ker kita tangkap tadi? Tanya saya.

“ Dak…hari ni saya tak cantik…Saya terlupa pakai Prada!!!!!”