Aku balik semula ke sekolah lama. Tempat lahirnya mamat yang penuh dengan kisah ‘teroris’nya. Sudah hampir separuh tahun aku tidak berpeluang untuk kembali ke sekolah lama. Tempat aku menagih simpati sang guru kerana ilmu mereka. Siapa yang berani dustakan kehebatan dirinya berasal dari guru.
Entah berapa banyak line ‘adidas’ yang pernah terpalit di peha, betis, tangan dan banyak anggota badanku. Akibat terlalu ganas menongkah pagar sekolah. Istilah ‘fly’ sudah biasa. Menonton bola Piala Dunia di kedai Pak Ujang. Makan nasi ‘koboi’. Nasi putih, sup kosong dan telur dadar. Ada sos sikit pun dah dianggap bak ‘Victoria Station’.
“Tajul..wei malam nih game best wei..jom kita pi tengok kat kedai Pak Njang” Idea pemimpin Umat bernama Affan.
“Tak Mau la aku. Semalam budak Form 4 dah kantoi dengan Ustaz Sobri tengok bola kat kedai Pak Njang” Jawab Tajul dengan muka tanpa sifat keperwiraan.
“Wei…ni World Cup 1998 tau. Terlepas game ni hang kena tunggu 4 tahun lagi. Zaman sekarang ni, ramai yang dah mati waktu muda. Hanya Allah mengetahui ajal kita” Affan berdialog bagaikan penceramah bebas.
Aku memandang Affan. Apa kena mengena game bola malam nih dengan kematian? Namun aku faham. Inilah ayat budak sekolah agama. Aku perlahan-lahan menghampiri kedua-dua ikon remaja tersebut.
“Agak-agak la, kalau kita fly petang ni juga ok dak? Kita pi Kompleks Bukit Jambul main game. Lepas tu, kita lepak sampai malam tengok bola kat kedai nasi kandar Kassim Mustapha”. Aku memberi idea sambil mengangkat kening. Kononnya idea aku inilah yang paling bernas dan bombastic.
“Haaa…yang tu aku setuju. Kalau keluaq dari awai ke Bukit Jambul aku setuju. Dah lama jari aku tak test main game Tekken 3 nih…aku baru balajaq buah HeiHachi baru. Jom…Lani jugak aku niat musafir!!”..semangat Tajul menyokong pandangan cerdas aku.
“Aku on ja…lagipun petang nih makcik kantin cakap kat aku lauk ikan curut dengan kacang panjang ja. Memang ‘not my taste’.” Affan pun mula setuju dengan mulianya.
Seluar slack kaki besar warna hitam yang ditempah di Jefferson zaman sekolah dulu mula diambil dari ampaian. Pada bahagian poket seluar belah dalamnya tertulis dengan marker pen MAR. Maksudnya Muhammad Asyraf Ridzuan. Biasalah duduk di asrama. Kalau baju atau seluar tak ada nama, nanti cepat saja nak hilang. Budak asrama kan sentiasa pegang prinsip “SeluarMu SeluarKu Jua”.
Hari ni aku nak tuang prep. Aku, Affan, Tajul mandi dalam tandas yang sama. Cuma berbeza biliknya. Dalam hal ni tiada prinsip “…Mu…Ku…Jua”. Sambil shower menjunam diatas kepala, kami menyanyikan lagu sekolah. Walaupun nadanya tidak semerdu. Tapi sebagai semangat patriotic terhadap sekolah, iringan suara itu berpadu. Bagaikan Isabella 98. Amy, Saleem, Zamani dan Jamal. Sudah semestinya aku amik part Zamani. Kerana aku perasan hensem.
Melangkah keluar dari bilik mandi. Membawa bersama cebok yang penuh dengan ubat gigi, shampoo, berus gigi dan pencuci muka. Biasalah. Muka waktu tu banyak jerawat gatai.
Dalam dorm kami, aku mengambil bedak Tajul tanpa meminta izinnya. Kerana sudah maklum locker beliau adalah locker wakaf. Bedak Follow Me yang laku dek kerana iklan dari Azhar Sulaiman. Rambut disikat belah tengah bak budak skema. Namun dulunya belah tengah menjadi trend. Kononnya aku perasan nak rambut macam Leonardo Di Caprio dengan Kate Winslett dalam filem Titanic.
Baju kemeja kotak yang longgar disinting tangannya. Kasut ‘LOFER’ ( aku pun tak tau macam mana nak eja) warna kulit coklat disarung. Topi Cap jenama Billabong dimahkotakan di kepala ini. Walaupun sayang jambul rambut yang amat indah ketika itu. Beg jenama Haitop digalas. Walaupun tiada satu barang apapun dalam beg tersebut. Mungkin bagi aku kononnya stylo.
Si Affan dan Tajul sedang mengangkat almari. Ditarik dari bawah almari mereka seluar jeans. Bawah almari adalah tempat yang sangat selamat untuk mengelakkan dari kena rampas bila spotcheck. Biasalah…sekolah agama mana boleh pakai seluar jeans. Aku teramat teringin untuk pakai seluar jeans waktu tu. Tapi apakan daya. Mak dan abah tak kasi. Ayat cerita sedih.
Perlahan-lahan kami melangkah keluar belakang asrama. Melalui celahan ampaian. Ada mata yang melihat. Namun, seolah-olah tidak nampak. Jika di sekolah asrama, siapa yang buka cerita report dekat warden, memang dianggap hina. Siap-siap boleh kena makan sabun mandi dengan senior.
Di sekolah aku ada dua tempat yang menjadi laluan bagi pelajar-pelajar yang nak ‘fly’. Satunya pagar yang sudah digunting di hujung bangunan sekolah. Satu lagi tembok belakang asrama. Hasil percambahan minda, kami bertiga memilih untuk menggunakan laluan tembok belakang asrama.
“Wei Acap…hang tolong ambik kayu tu sat. Aku nak lapik bagi tinggi. Seluaq jeans aku ketat la. Nak langkah pagaq tak lepaih.” Arah Tajul bagaikan diala ketua Kongsi Gelap ketika itu.
“Ok lani aku langkah dulu. Ampa tolong angkat aku naa…aku kan insan yang paling kecik kat sini.” Aku menunjukkan muka simpati. Supaya aku diampu kaki untuk mudah melangkah pagar sekolah.
“Owh…mana boleh. Asyik tu ja modai hang. Setiap kali nak fly, hang selalu lepas dulu. Kami ni kemudian.” Affan meluahkan kata tidak setuju. Sambil gaya lenggok cakap mamak yang menggelengkan kepala.
“Ya la…takkanla aku yang kecik nak angkat ampa yang besaq dinosaur nih. Yang dulu tu sudah la…Usahmu Mengungkit Kisah Lama.” Aku memberi harapan Negara kepada Affan dan Tajul.
“Okaylah…kami angkat hang dulu. Lepas tu hang pegang beg kami na..” Ujar Affan dan tajul.
“Canteeekk…macamtulah dinamakan sahabat sejati kekal abadi…” Aku senyum manis sambil bermain mata dengan mereka.
Aku diangkat melangkah pagar batu belakang sekolah. Tingginya hampir 7 kaki. Sesuai dengan budak nakal. Namun bagi aku, lagi tinggi lagi kujejaki. Kononnya motivasi diri. Makin tinggi cita-cita makin kuat impian.
Bedebuk…!!!! Macam buah nangka busuk. Aku terjatuh dari tembok tadi. Aku tidak sempat nak landing macam AirBus. Panjat macam hero. Jatuh macam Zoro. Terdengar bunyi ketawa yang amat ikhlas dari Affan dan Tajul. Mereka ketawa bagai nak roboh tiang Taj Mahal.
“Wei…ampa gelak kat aku noh…mentang-mentang aku jatuh macam Zoro.” Aku menjerit dari luar tembok sekolah.
“Hahah…padan muka…nak sangat kami angkat hang kan. Sapa suruh landing tak kepak sayap. Kan dah jatuh.” Affan berkhutbah sambil ketawa.
Tiba-tiba, dari jauh terdengar panggilan seorang yang amat ku kenali suara emasnya. Menyusup, menyelinap terus ke lubuk hati lalu menggetarkan jiwa serta betis keringku.
“Woi!!!!...ampa nak lari mana?” Serkah Ustaz Sobri jauh dari hujung tangga bangunan kelas.
Aku terus tunduk bagaikan askar rejimen Melayu. Terdengar bunyi tapak kaki yang lari 100km/jam. Affan dan Tajul lari tak ingat dunia mahupun akhirat. Aku memanggil mereka, namun tidak ada jawapan.
“Ooo..nak fly…Ingat ustaz-ustaz nih tak nampak ek..” Suara ustaz Sobri terdengar semakin hampir dengan tembok sekolah. Aku terasa hanya tembok memisahkan kita.
“Asyraf!!!!...ingat ustaz tak nampak. Mai sini, bangun..” Panggil ustaz Sobri.
Aku mendiamkan diri. Kelu seribu bahasa. Hati terasa bagai ditusuk sembilu. Aku mula mengangkat kepala. Rupa-rupanya, kelihatan wajah ustaz Sobri sedang memerhati dari atas tembok. Dengan senyuman manisnya. Membuatku tergoda. Jelingan manjanya buatku tertawan. Sungguh kau memang menawan.
“Nak lari mana Asyraf…sekolah kita nih bukan besar mana. Sini sekolah. Buat apa nak panjat tembok. Pintu depan kan ada. Bukannya kem PLKN nak kena panjat tembok.” Panjang betul tazkirah zohor dari Ustaz Sobri kali ini.
“Baik ustaz….ok-ok..saya panjat balik tembok ni ustaz.” aku dengan terketar memanjat tembok tinggi masuk semula ke kawasan sekolah.
“Mai sini…(Sambil tangan memulas telingaku) ikut Ustaz…Kamu nak keluar pergi mana dengan topi, bag semua nih.” Tanya Ustaz Sobri.
“Nak pi Bukit Jambul ustaz. Nak beli perkakas exam…lagipun exam dah dekat” Aku menjawab dengan ikhlas walaupun berbohong.
“Heheh…dahla panjat tembok sekolah.. ada hati nak tipu ustaz pulak..nak pi Bukit Jambul buat apa sebenarnya nih..cuba setori skit” Ustaz sentiasa nampak ceria walaupun mukanya panas membara.
“Heheh…nak tengok bola malam nih..lagipun game best ustaz malam nih” Aku pun tumpang gaya ceria seolah tidak bersalah.
Agakan aku tersasar. Ku ingatkan ustaz yang ceria itu mahukan rundingan damai. Rupanya bertukar kepada serangan hendap. Di belakang tangannya terselit rotan hikmat. Bersilau apabila dipancar matahari. Terlihat kegagahan pada rotan tersebut.
Ustaz memimpin tanganku. Memegang bak seorang kekasih menyarungkan cincinnya.
‘Srrriiiiiiaaappppp!!!! Srrriiiaaappp!!! Sriiaappp!!
Adoi Ustaz…sakit ustaz…ustaz merotan tepat kearah belakang betis aku. Terpahat 3 line Adidas. Merah menyala. Membentuk satu hakikat kebenaran. Tersemat ikatan kesalahan.
“Dah balik bilik…masuk prep…ustaz bagi can..lenkali masuk buku disiplin..nasib baik hari ni mood ustaz baik…pasang Sport Rim kereta baru..” Ustaz tersenyum tanda meredhai pemergianku.
“Baik ustaz..tobat lainkali tak buat dah…” Aku dengan penuh simpati Kami Prihatin mengundur diri.
Sambil berjalan menuju ke asrama semula. Dengan langkah seorang perwira. Membawa sekelumit bekas rotan di betis. Tiba-tiba terdengar suara merdu Nyanyian Dari Penjara. Menyanyikan lagu ‘Mengusung Rindu’ Achik Spin.
“Sakit Hati…Sakit sekali,…melihat engkau berpimpin tangan dengan Sidia..”
“Sayu hati….Sayu sekali, pa bila rotan yang aku beri tak dihargai…HAHAHHA”…
Aku memandang tepat kearah cermin tingkap nako di atas asrama. Ternampak empat biji mata yang menghendap. Aku kenal benar suara yang tak sedap itu. Tak lain dan tak bukan suara Tajul dan Affan.
“Kureng betol…ampa biaq aku sorang-sorang noh…” aku mengejar kedua-dua pejuang yang lari dari medan peperangan itu.
“HAHAHAH….hang kata hang TERRAA…padan muka” Affan dan Tajul terus lari.
Aku tak mengharap untuk bertemu mereka. Terus, menyalin pakaian baju melayu seluar slack. Sambil kepala yang terlekat topi cap ditukar dengan songkok. Kasut ‘LOFER’ ditukar dengan selipar jepun. Menuju ke blok bangunan kelas untuk sesi Prep. Dalam perjalanan, mataku terlihat sesuatu yang amat bermakna. Aku tersenyum indah. Keranamu, diriku ini dihargai. Dari jauh ku lihat kereta Ustaz Sobri yang baru
Terima Kasih wahai SPORT RIM…keranamu kami aku mendakap tuah!!!...
28 comments:
hahah. XD adoi...mmg raja lawak baca ni leh nanges. oghang penang mmg hebat! :D
x sngke abg ashraf still ingt zmn skolah dulu.....mmg sdey+seronok bile kenangkan mase silam expecially sye ni yg bru bbrape bulan tnggalkan skolah n kawan2 tersayang.....
cerita yang biasa berlaku di sekolah.. sangat menarik dan berkesan unsur lawak.. yang penting sport rim tu mmg sangat berjasa!
hebat! hehe
bile bace entry ni mengimbau kenangan2 time duk asrama dulu..best!!persahabatan yg kekal abadi...
nakal gak imam muda kt nie yer..
zaman ustaz tuh dulu dah ada PLKN ke? hehe.
Haha, saya pun sekolah agama gak, tapi takde can la ustaz nak belajar fly... Sebab masa malam kawan-kawan semua pakat nak fly (masa tuh tinggal F3 je), rombongan awal Tabung Haji dah kantoi.. haha.
Lagi2 jadi Law Enforcer kan ustaz, takde can lah.
Tapi alhamdulillah, baik buruk kita belajar kan. :)
zaman sekolah yg seronok...
itu lah dikatakan nakal2 berakal...hehe. kerana kenangan masa lalu adalah keindahan hari ini.
Fuh...teringat zaman pakai gel rambut..mana ada henfon..siap gayut berjam2 di public phone..curik line plak tuh..ada jugak yg ketuk duit 20sen bagi jadi seringgit!!...pastu gayut dengan awek..telefon umah dia mak dia angkat...pandai2la kelentong...heheh..bukan aku..
Salam,
Mmg best gler cite ni..
Betul² mgimbau kenangan silam..
Huhuu terasa amat² rindu pada sahabat² ketika itu.. huhuhuhuh..
Pasal public phone tu lg best.. hahahah..
Form 1 sampai form 3 sy xbrape nak ganas lg sebab sekolah agama, naik form 4 ngan form 5 baru start ganas..
zaman sy tadak plkn..sj goreng korang semua..
lar..ustaz skolah tu ka, kawan2 saya pun ada jgk yg duk kt sklah tu..mmg depa selalu duk setori cerita2 fly depa..
jujur, sy gelak sampai keras perut ni..kenapa? sbb sy jugak budak sklh agama dan mmg besa fly..haha, biasa la kan, life must be colourful..itu ja la alasannya. Tak kan nak cerita kat anak nnt kisah kita yg sentiasa skema ja kan..
Part nyayi lagu sekolah ustaz dalam toilet tu yg paling tak tahan. Saya pernah jugak nyanyi lagu sekolah ustaz, kwn saya yg ajaq. Yang bahasa arab tu kan, tapi skarang sy dh lupa dh la..
haha, lawak ustaz ni. skul sy klo kntoi flt kena buang tros T__T
terbaik aa .memang blog nie aku akan follow sampai bile2 . *thumbs up*
weh acap...lama x jumpa hampa suma....tgk2 gambar tu, teringat nostalgia lama....hehe
seronok baca kisah ustaz masa zaman sekolah dulu..buat saya gelak sorang2..
laa ustaz..ustaz sek stu ka?
kedai runcit ayah saya seblah masjid tuh ha..dekat jaa..tp sek ustaz tuh dh berpindah dh kan..??
kisah keta iswara ijau ustaz munawar tetap dlm kenangan... -nik wafdi
comel la ustaz ni... bace sambil mkn mmg wat kite ase nak tersedak..hikhikhik... two thumbs up 4 u ustaz!!!!!
hurmm...asben saya dulu sekolah DMW sana...
zaman skola mmg zaman yg best...
x boleh lupe punyer....
mmg best la zaman skola...
x kn boleh lupenyer zaman skola...
kita boleh merasa skola smpai sek. men. je...
time skola plak zaman bdak2, mmg best .......
ustz ni hebat laaa..kelakar...suke bace setori ustz...hehehe
Salam uztaz. uztaz tak stylo lah.fly kantoi..hehehe..tp xpa,ni smua Allah nk bagi pengajaran kat ustaz kan.
Sy pun ada story nk share gak,tp ni bukan untuk dibangga2kan lah.
sy dri form 1 sampai form 5 kerap fly tgk bola.maklumlah peminat setia man.united.setiap kali sy fly,tak pernah kantoi dgn warden.sehingga lah form 5.mcm mana tah,Allah nk uji sy,akhirnya terkantoi jugak dengan warden.memang kena denda kaw2lah..slepas tu sy dah serik untuk fly lagi.. :)
nakal btol ustaz ni....abg ipor aku pun 2x 5 je...ade bahan nk kenekan abg iparku ni...hahaha....siap la abg tajul...
sy pon penah fly kat blakang hostel.siap redah hutan lg.skali kantoi ngn warden.tp dia x tangkap coz x tau sapa.Tapi kna perli kaw2 punya."Awat susah2 nak redah kat hutan blakang tu, pintu depan kan ada.Dahla pompuan.main panjat2 lak"
Kesimpulannya, dok hostel mmg bes.
Post a Comment