Pages

Sunday, February 27, 2011

UiTM Alor Gajah : Tahniah Student Masscom Dengan Jeans Stylo Anda.



            Hari Rabu baru-baru ini saya ke UiTM Lendu Alor Gajah. Anjuran student Masscom. Katanya ada program berkenaan ‘Soal Asyraf’ di sana. Mereka memberi tema program berkisar komunikasi dalam Islam. Begitu juga persoalan dalam dunia penyiaran mengikut acuan agama. Walaupun aku bukanlah seorang Doktor yang mampu membentangkan kertas kerja berkenaan Messcom, namun aku menyahut cabaran kononnya aku super Diva.

            

Bila disebut budak ‘Masscom’ terbayang dalam gambaranku bagaimana budak messcom UiTM Shah Alam. Kata member aku, budak-budak messcom ni ‘WOW’. Aku pun tak tau apa maksud ‘WOW’ yang kawan aku gelar kepada mereka. Atau aku buat-buat tak tahu. Yang pasti dress up diorang memang ‘klass’. Tidak dinamakan messcom kalau rambut tidak stylo. Tidak dinamakan messcom kalau handphone tanpa kamera. Namun bukan semuanya sama. Tapi itulah kebiasaannya.

            Bila abang Najib yang jaga jadual aku call aku. Dia cakap aku ada program di UiTM Alor Gajah anjuran budak Messcom, aku terus cakap ‘on’. Ini satu peluang yang baik. Bukan sebab boleh tengok ‘cikaro’. Tapi boleh tambah ilmu baru bila join dengan budak Messcom. Mungkin serba sedikit tempias ilmu dunia ‘Glam’ mereka boleh dikongsi.

            Yang peliknya, tetibe sahaja Ashraff bekas PA yang dah ambil surat pencen dariku pun cakap nak join pergi Alor Gajah. Walaupun nama kami bunyinya sama (Asyraf dan Ashraff), namun itu bukan bermakna haluan lebuhraya kami sama.

“Abang Acab..saya nak ikut join pegi UiTM Alor Gajah boleh?” tanya Ashraff kepadaku.

“Tak boleh…dah ramai nak ikut. Abang Najib nak ikut. Mat lagi. Cukup 3 orang. Kereta penuh…heheh”. Aku menyakat seolah-olah kereta Exora hanya mampu disumbat 3 jejaka yang agak meletup ketika itu.

“Alaa…abang Acab…boleh la. Abang Acab kan baik, soleh, hensem, wangi dan bertatasusila” Ashraff merengek manja memuji. Dari suaranya yang sumbang itu jelas kedengaran suara yang langsung jauh dari keikhlasan.

“Abang Acab tak makan bodek kay…Bukan Abang Acab tak bagi ikut. Mat yang tak mau ajak ramai-ramai” Aku sengaja menambah peratusan aktiviti menyakat dengan menjadikan Mat sebagai alasan.

“Ala Mat ni…nak makan sorang la tuh!!!” Jerit Ashraff. Dia bincang soal menu la pulak. Aku mula pening. Apa tetibe cakap soal makan ni. Aku nak pergi ceramah. Bukan nak pegi makan.

“Makan ape plak nih.” Aku buat-buat tak paham. Pelik. Selalunya Ashraff sentiasa sibuk. Entah kenapa dia semangat Satu Malaysia nak pergi sangat ke UITM Alor Gajah.

“Hehe…abang Acab tak tahu. Awek UiTM Alor Gajah ‘tip-top’. Tambah budak Messcom. Pergh…” Ashraff bercakap seolah jus oren berada di depannya. Terdengar guguran air liur tanda kempunan.

“Astaghfirullah…niat pun dah jahat. Ada hati nak ikut Abang Acab. Betulkan niat dulu baru boleh ikut.” Aku bercakap umpama menjadi ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam.

“Ok la…saya ubah dengan segeranya. Niat saya nak pergi dengar ceramah Abang Acab. Sambil menambah ilmu boleh tambah pahala yang dah lama tak kunjung tiba.” Ashraff bercakap dengan penuh tawadduk dan rendah diri. Walaupun dirinya memang diakui orang yang tidak cukup inci (im veri sori Ashraff…hehe). 
Namun beliau still mahu merendah diri.

            Perbualan berbunga kami rupanya didengari Sang Puteri bernama isteri. Akak Husna menjeling dari jauh. Aku mengerti apa isi dan kulit hatinya.

“Abang…ayang pun nak ikut pi UiTM Alor Gajah.” Kak Husna senyum memujuk.

“Betul nak ikut? Tak percaya dengan abang ker? Kalau nak ikut, Abang ok jer…” Aku memberi keizinan melambangkan bersih halalnya aktiviti aku untuk digunakan tanpa was-was.

Entah mengapa dia pun berminat nak ikut. Adakah kerana ‘balak’ UiTM Lendu juga meletop? Heheh…Sudah pasti itu bukan insan bernama Husna yang penuh kesetiaan. Aku mengerti. Kebosanan duduk dirumah suatu rutin bulanan. Ditinggalkan suami setiap hari sesuatu yang terpaksa di lalui. Buat isteri. Suamimu memilih untuk dikongsi bersama umat. Semoga pengorbananmu diganjariNya.

            Akhirnya kami pergi ke UiTM Lendu Alor Gajah seramai 5 orang. Aku, Husna, Abang Najib, Ashraff dan Mat. Inilah sejarah aku pergi program bawa selori kawan. Aku tiada masalah. Cuma teringat pihak penganjur. Adakah akan bertambah mangkuk mee menjamu pengunjung yang tidak diundang.

            Sampai sahaja di UiTM Lendu Alor Gajah, suasana yang disetorikan oleh rakan-rakan sebelum ini seakan ada realitinya. Gaya berjalan, style berpakaian student UiTM Lendu ini memang hebat. Korang memang Vogue. Tapi aku sukakan remaja seperti mereka. Bijak berfesyen. Tahu di mana baju itu perlu diletakkan. Dan bagiku tidak salah berfesyen. Asalkan ada skema jawapan agama dalam menentukan fesyen yang dipilih. Asalkan anda tidak digelar  panggilan ‘Mat Skema’.

            Dalam mereka melontar soalan kepadaku berkenaan isu komunikasi dalam Islam. Aku teruja dengan sikap mereka. Keprihatinan mereka. Ambil pedulinya mereka dengan agama. Banyak perkara yang ingin aku kongsi. Namun masa terlalu ‘jealous’ dengan diriku.

            Aku kagum. Mereka memiliki kepakaran terutama dalam bidang broadcasting. Advertising, Publishing dan sebagainya. Namun masih banyak prinsip agama yang mereka tertanya. Mereka mula mencari titik pertemuan antara agama dan penyiaran.

            Stigma cerita agama perlukan watak seorang ustaz, perlukan tasbih dan kopiah digambarkan seolah ianya baru berbentuk rancangan agama. Sedangkan ciri-ciri akhlak yang baik dan mendapat restu agama itu sudah cukup membuatkan ianya rancangan agama. Jika jalan ceritanya menggambarkan keadilan, kesaksamaan, kasih sayang, percintaan suami isteri, maka ia juga selayaknya dipanggil rancangan agama.

            Teringat bagaimana cerita yang menggabungkan kepakaran antara orang broadcast dan sejarah ilmuan Islam menghasilkan filem yang cukup menginsafkan seperti ‘Lion Of The Desert’. Tahniah kepada student Messcom. Walaupun anda stylo dengan tali pinggang anda, namun anda tidak diam dari memikirkan corak dunia penyiaran menurut Islam. 

Berbanding aku yang ber’title’kan orang agama selesa menjadi pengkritik menunggu anda melakukan kesilapan. Lalu bulu tangkis yang tanggung itu aku ‘smash’ sedaya mungkin buatkan anda tertanya “Apa Salah kami”. Bukan salah seluar jeans anda sebenarnya. Namun salah aku sebagai orang agama yang selesa dikerusi pengkritik mengalahkan Adlin Aman Ramli.



8 comments:

Ashraf Alam said...

amboi2..seronok betul bercerita..boleh saman ni mana2 fakta yang salah..haha..rencah la konon hampeh tol haha..bila mau ambik barang ni..cepat2...

cikmOt said...

hehehe...sib baik husna ada sekali...:p

Norashikin Abdullah said...

kak husna comei

Anonymous said...

wah..pasni berdakwah la ustaz supaya budak2 mascom terpikat dengan keindahan Islam dan bersosial dengan cara Islamic...amin...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Paling susah adalah untuk memberitahu pelajar-pelajar Mass Comm dan semua orang bahawa bidang Komunikasi itu adalah bidang yang tidak terpisah dengan agama. Komunikasi adalah fitrah dalam Islam.

Setiap kai bercakap mengenai komunikasi dan media, setiap itulah dunia glamour dan hiburan melalaikan dipaparkan. Walhal, kalau kita menguasai komunikasi dan media dan menegakkan Islam melalui komunikasi dan media, bayangkan bagaimana kita boleh menguasai dunia!!!

Ustaz kena tolong mereka dalam hal ni. tq

IdaYusof said...

gaya penceritaan anda seakan cerita novel..

menarik...

semoga usaha siberkati...Amin.
Tahniah juga utk Husna, sentiasa tersenyum.. :)

masscomm said...

salam.
sekadar pandangan.

buat anonymous, jangan begitu. jangan berfikiran rigid. masscomm bukan 100% berkenaan hiburan. seperti yang anda sendiri katakan Komunikasi itu adalah bidang yang tidak terpisah dengan agama. Komunikasi adalah fitrah dalam Islam. bahkan mana2 agama pun di dunia ini, bahkan apa2 perkara yang di lakukan di dunia ini pun memerlukan komunikasi. orang istimewa upaya kurang pendengaran dan percakapan (pekak dan bisu) yang tidak mampu berkomunikasi melalui percakapan pun melakukan nonverbal communication (bahasa isyarat)

anonymous jangan risau kerana kami juga di dedahkan dan di tekankan semenjak dari diploma lagi tentang komunikasi dah islam. ada subjek khusus untuk kami pelajari mengenai hablum minallah hablu minannas. dan untuk pengetahuan saudara, kami di uitm sendiri saban tahun menganjurkan minggu aspirasi komunikasi islam bagi menambahkan ilmu dan pengahayatan, betapa pentingnya ilmu komunikasi dan islam.

jadi jangan risau, kerana kami senantiasa ditekankan dan di didik mengenai mana yang baik mana yang buruk. kami bukannya seratus peratus mengenai isu cerai berai artis, politik dan sebagainya.

jadi saya seru semuanya terutamanya pelajar masscomm untuk mengambil ikhtibar, ingatan sudah di berikan oleh anonymous, jadi kita jangan lah leka. :D terima kasih anonymous atas pandangan.

maaf jika ada keterlanjuran kata. wallahualam.

[sutera kasih] said...

saya pun student masscomm gak..huhu
biasanya bila org dgr je student masscomm, mesti fikir yg negatif cth soal pakaian dan pergaulan sosial..tak semua mcm tu.

teringat pesanan ustaz kt skolah dulu: jgn kecewa bila xdpt smbung blaja dlm bidang agama, bidang komunikasi pun kita boleh sebarkan dakwah..tidak kira melalui lisan ataupun tulisan, islam itu universal..apa jua bidang sekalipun kita belajar, pasti ada kaitan dengan agama kita :)