Dalam perjalanan menuju ke rumah Mat yang penuh cubaan dugaan ku pasrah ku akur….
Mat merupakan seorang bekas mahasiswa moden. Walaupun tinggal di kampung yang jauh dari kemodenan, Mat tetap dengan modennya. Kasut Gucci nya, Dompet Tough nya, tali pinggang Armani Exchange, Kemeja Paul Smith, Seluar Levis dari USA ( versi bundle Big E ), Stokin Calvin Klein ( tak boleh lawan blog stoking putih) dan jam tangan Tag Heuer nya. Beliau kaki bundle. Tangan juga bundle.
Bergaya bukan main sakan. Bila dibuka almarinya penuh dengan barangan branded. Hanya aku yang masih memakai barang pasar malam.
“Wei..aku tak larat la nak turun Alor Staq…hang mai amik aku kat umah aku…Kampung Perik” kata Mat bunyinya agak sayu.
“Jauh nya kampung hang tu…nak kena masuk hutan dulu…”Aku membalas tanda malas.
“Tak jauh mana aih…sup sap sup sap dua batang pokok getah dah sampai umah aku” Mat menunjukkan semangat kerajinan.
“Ok la...ang tunggu hero Malaya masuk kampung hang…Jangan angkut geng kompang pulak..aku tak mau…aku kan pemalu orangnya” Aku tersenyum kononnya tip top.
“Ni mai ja la….tadak sapa nak sambut hang aih…dok buat femes gila-gila pulak…orang kampung aku bukannya kenai hang pun…Astro pun depa tak layan…TV Siam lagi best” Mat cuba membuktikan kealiman penduduk kampung Perik Kuala Nerang Kedah.
Dalam perjalanan yang penuh onak dan duri, menongkah bukit-bukau, alor dan batasan, sawah bendang….akhirnya sampai juga ke kampung yang penuh dengan kepermaiannya itu.
Mat yang serba moden itu dengan hanya bertuala keluar menyambut aku. Sikit pun tidak ia berasa keraguan bahawa badannya tidaklah sehebat Malek Noor.
“Mat…punyalah jauh kami mai…ada apa yang best sangat kampung hang nih…Tesco ada dak?” aku menggomel
“Hai…perli nampak..kampung aku nih walau tadak Tesco, namun ianya tetap menjadi pujaan hati rakyat Malaysia….kat penang hang ada dak tanam sayuq belakang rumah?” Mat bertanya bagaikan peguam.
“Selama aku hidup nih tak pernah aku tanam sayuq belakang rumah…yang aku pernah sekali tanam kucing mati” Aku menjawab bagaikan cerita seram penuh khurafat.
“Haa….jom kita pi belakang umah aku tengok sayuq…lepas tuh kita boleh buat MOU. Kot2la hang nak beli hartanah aku!!” Mat berucap bangga. Ia terlupa ia hanya bertuala. Sedangkan aku bila-bila sahaja boleh meragut tualanya disebabkan kebanggaan beliau dengan kampungnya.
Akhirnya termeterai MOU persefahaman antara kedua belah pihak....
“Relax dulu…pekena cucuq meneram (ejaan yang tak pasti) dulu…bukan senang nak pi pekan Rabu beli. Dah la parking payah” Din meragut makanan dengan gaya seroang yang sangat lapar. Mentang-mentanglah baru balik dari Mesir.
Kami meneruskan perjalanan pusing-pusing kampung. Menuju ke Universiti Utara Malaysia. Kononnya mahu makan angin disana. Melalui hiruk pikuk jalan yang sangat bercahaya. Dengan angin indah dari sawah bendang. Redupan di bawah rimbunan pohon yang sangat indah. Indahnya…indahnya …indahnya…walau tiada Tesco!!...
Aku datang sebagai orang Bandar masuk kampung. Perjalanan yang aku sukai apabila menghayati matahari sedang turun. Wajah-wajah kanak-kanak yang bermain basikal di batasan jalan. Petani yang menghalau kerbau mereka. Terasa seronok sangat-sangat masuk ke kampung.
Din yang juga ikut rombongan dengan aku mula menggatal.
“Nampak gaya Mat…aku kena cari bakal Isteri dari kampung Kuala Nerang sorang.” Din menunjukkan wajah penuh pengharapan.
“Ha…mau tau la…kami kat sini makan beras Siam…sebab tu comel tuh..licin macam kulit muka aku nih” Mat bergaya model Maybeline.
“Mat…hang duduk diam-diam Mat…jangan dok buat gaya eksotik petang-petang nih…nanti aku toreh muka baru tau…Walaupun getah sekarang mahai, namun mukamu tetap menjadi pujaan torehku” Aku memberi amaran tsunami tanda kemurkaan kepada Mat.
Aku mula merenung beberapa kisah antara agama dan tumbuhan. Manusia sering menganggap merosakkan tumbuhan itu bukan kesalahan dalam agama. Kadang-kadang kita diakatakan memperjuangkan agama, namun dari awal-awal lagi tertewas dengan gerakan ‘Kehijauan’ di Barat sana. Kenapa bukan orang Islam yang memulakan ‘Earth Hour”. Kenapa di Negara Barat terlebih dahulu wujudnya gerakan Pencinta Alam. Kenapa bukan kita yang memahami erti cintakan Bumi ini mendominasi penjagaan keindahan yang sering dituturkan di dalam al-Quran?
13 comments:
terbaik la ustaz .memang kuih tuh kat phg org pggil 'telinga keling' taw ust . :D
Assalamualaikum.
haha. awat lagu tuh? (nak test speaking utagha)
Ha, saya teringat ustaz sebuah cerita pendek tak pasti siapa yang buat tapi ada kat youtube kot. tajuk dia Hijau, filem pendek arahan siapa tah tapi menampilkan ceramah TG Nik Aziz mengenai konsep Islam dan kehijauan.
Meresap ustaz, sampai saya terus daftar diri saya jadi Green Knights (Kelab Alam sekitar dengan nama yang lebih fancy smunshy di kolej saya)
-sekadar berkongsi)
Wah, menarik2, lucu sangat..
Lepaih ni boleh mai Baling pulak, mungkin lebih ekstrim..haha..
hahah
kuih tu nama telinga keling
:)
Salam...ha ha perik dah sempadan dengan kg ana tu mudah-mudahan pendedahan dari org glamour akan masyhur lagi daerah kelahiran ku Kuala Nerang
Bahasa kamus, depa panggey 'Kuih Penderam', sheikh. Kita org Penang panggey apa, tak yaha sebut la noo.. racist sangat. Haha.
haha..ok blog ustaz lawak...
tp x pa, sy suka baca
hehehe, singgah ar guar perahu sekali ustaz...
Assalamualaikum,
Bila dh habis kerja ptng2, terpanggil sy utk baca blog tuan ni..
Sekurang-kurangnya dpt jugak me'release'kan tension yg sedia ada ni, hehe
Kalau jumpe dgn tuan Hizbur, sampaikan Assalamualaikum sy pd beliau..
Follower no. 543, salam perkenalan dari saya.
gambar berpegangan tgn seiring dan sejalan tu yg paling kontroversi abad ini tu..hahaha :)
err...gambar pegang2 tangan tu..
sweet.....~!! ;)
Kenapa bukan orang Islam yang memulakan ‘Earth Hour”. Kenapa di Negara Barat terlebih dahulu wujudnya gerakan Pencinta Alam. Kenapa bukan kita yang memahami erti cintakan Bumi ini mendominasi penjagaan keindahan yang sering dituturkan di dalam al-Quran?
------------>>> Setuju dengan soalan ini..
Memang soalan yang benar2 mencabar minda..
Namun saya merasakan yang persoalannya bukanlah kenapa..
Tapi mengapa tak mula..
Ustaza tak mula lagi ker?? @ dah mula??
Kalau tak mula..macam mana ia nak bermula??
Pelikkan??
Post a Comment