Pages

Saturday, February 19, 2011

Lenggong : Kau Curi Minyak Keretaku



“Mat…esok aku ada program di MRSM Lenggong” Pesan aku kepada Mat
“Awatnya kalau Lenggong?...apa masalah aku?” Mat menjawab bak Hang Tuah yang derhaka.
“Aik..boleh tanya apa masalah pulak…hang kan nak ikut jadi driver aku esok? Aku dengan berlagaknya bagaikan Ahli Korporat besar.
“Baik bos!!...yang penting kita bawak mata kail pancing” Mat senyum kambing gurun tanda setuju.

            Aku dan Mat bukanlah antara bos dan majikan. Mat merupakan kawan baik aku. Dah berapa kali kami bermusafir bersama. Naik keretapi, bas, motor semuanya pernah dirasai. Dari sebelum Imam Muda lagi nama Mat Keping sudah lama aku kenali. Kampungnya di Kuala Nerang dengan nama yang amat perik. Kalau nak masuk ke kampung Mat confirm tahi lembu, tahi kambing malahan boleh jadi tahi singa akan melekat pada tayar kereta anda.

            Kami memulakan langkah ke Lenggong Perak dengan gagah beraninya. Entah berapa bukit kami daki. Berapa tasik kami renangi. Berapa gunung kami jajahi….ceh…bajet adventure kononnya.
            Sampai di Lenggong dan kami bermalam di Rumah Rehat Lenggong. Bolehlah dapat bilik superior orang support dalam nilai harga RM90 kalau hari biasa. Kira ok la bajet nih.

            Bila malam aku bertemu dengan pelajar di MRSM Lenggong. Dengan ceria mereka menyambut. Ceramah aku sampaikan dalam dua jam. Kerongkong habis kering. Suara dah bunyi ala-ala Ramli Sarip. Walaupun suaraku tanpa burdah dan tarannum. Tapi still kira ok la kalau nak diajak berduet dengan Justin Bieber…Hehehe..

            Besok paginya dengan keadaan suram dipagi hari. Aktiviti Qiyamullail. Yang menyebabkan adik-adik MRSM terkulai. Ada yang sujud terlalu lama sehingga Imam bagi salam masih bersujud. Mungkin banyak hajat dalam sujudnya…hehe.. Ada yang menyungkur di hujung saf dek kerana keletihan. Yang senior mula keluar dua tiga kali. Kata mereka air sembahyang asyik terbatal jer. Yang junior kepala mendongak kea rah spotlight dalam dewan sambil mata terpejam. Itulah perkara biasa bila kita buat aktiviti Qiyamullail.

            Kami bangun sembahyang subuh berjemaah. Yang lawaknya, kami semua terlupa nak iqamat. Biasalah..semua semangat sangat nak solat agaknya. Selesai kuliah subuh sesi yang paling best. Iaitu MAKAN. Dan diakhiri dengan berfoto-fotoan sesama cikgu-cikgi dan pelajar. Sekali lagi kuasa senyum Mickey Mouse aku mula memancar di pagi hari.

            Dalam perjalanan balik. Jam menunjukkan pukul 8.30pagi. Yang peliknya disini, kabus masih kelihatan. Cantik dan segar cuaca disini. Rasa sangat-sangat fresh air yang agak sukar kita terima di Bandar Kuala Lumpur. Tiba-tiba laluan yang kami lalui rupa-rupanya ada tasik. Apa lagi, Mat mula menjadi tidak tentu hala. Manakan tidak. Pancing sudah lama tidak berlabuh. Ikan sudah lama tidak bertarung. Kami berhenti sekejap dan mencuba untuk berkenal-kenal dengan ikan di tasik Lenggong.

            Namun mungkin dek kerana ayat kami tidak power dan muka kami kurang hensemnya, maka ikan-ikan di tasik tidak memakan umpan buaya darat kata mereka. Mungkin juga ikan pun belum bangun awal-awal pagi. Best sangat-sangat sebab tasik itu seolah-olah berasap. Macam dalam cerita seram la pulak. Very de Harry Porter. Aku turun naik atas sampan. Walaupun berjubah..pergh…macam pendekar dalam cerita Kung Fu..cuma tak sempat jalan atas air.



          
  Apapun Lenggong buatku tenang sebentar dari traffic jam. Dari asap kereta. Dari bunyi hon. Semuanya sunyi. Namun ramai sebenarnya orang di Lenggong yang seronok datang ke KL. Dan aku dari KL seronok datang Lenggong. Kesimpulannya, manusia sentiasa ada sahaja yang tidak cukup sempurna baginya. Bila hujan dikatakan rosak program. Bila Kering dikatakan panas…Oh Allah..maafkanlah insan mu ini kerana banyak sangat komplen.


16 comments:

Ashraf Alam said...

Pergh...sisi lain oleh IMAM MUDA..kenalinya dari setiap sisi..insyaallah cun semuanya..haha...ayat power bro..dulu banyak masuk pertandingan cerpen ke kat sekolah?kui3

RHI said...

banyak dapat ikan????hihi

Rahmah Mokhtar said...

Cantiknya tempat tu.. Masih nampak kabusnya..^_^

Abu Zafran said...

salam blogger baru
suka baca blog asyraf

jom singgah blog saya...
http://zubir5588.blogspot.com

Firzz said...

ustaz p mengai pakai jubah..wahhh...dasyat...

akulah ASYRAF said...

Oh...menulis cerpen tidak pernah sekali..

Anonymous said...

tempat mmg menarik terutama kat Tasik Raban namanya..

Firdaus Ibnu Ariffin said...

pemandangan yg cantik disertai dengan pemuda berjubah putih.

sy suka baca blog ustaz,
jemput hadir ke http://firdausibnuariffin.blogspot.com

♥cikmOt♥ said...

perghh ustaz...memancing puna da style la...hehehe

Norashikin Abdullah said...

berjubah dan mmncing..smart

kucing rilek said...

..wah,xsangke time solat subuh jadi gitu yer..memang pemandangan kat Lenggong amat indah..tmbah2,pagi2 lagila bes,cam cameron highland pulak
-bekas pelajar mrsm lenggong

EB said...

Gambar Ustaz mmg rare...

Anonymous said...

ustaz pandai gak menulis ekk.. buatlah novel gak..novel islamik..

[i.l.y.a] said...

saya pun bekas pelajar MRSM Lenggong ustaz. tapi dah season. dah 5 tahun tinggalkan lenggong.

Suasana lenggong memang best, tapi bak kata ustaz takde tesco.

Anis Suzanna Mohamad said...

memg lenggong best....alhamdulillah pernah bersekolah di situ....

Raudah Siman said...

salam,
permandangannye subhanaAllah cantik.sy download 1 gambar anda