Pages

Friday, February 11, 2011

Dari Hati Lebih ke Hati...

Salam buat diriku dan juga dirimu...
yang mula mencari waktu
Walaupun ianya amat cemburu..
Berkongsi kisah bukan membuka..
bercerita bukan sang penglipur lara..


Namun ada bekal yang boleh diberi
Ada insan yang sedang memerhati..
Apalah kiranya luahan hidup jadi novelnya..
buat pedoman semua manusia..
Aku bukan hanya pencerita..



Aku juga mahu melepaskannya..
Dengan memakai stokin putih
penahan sejuk dingin malam..
Yang sentiasa dijaga bersihnya
Walau ia setaraf lantai
Namun ia cukup bernilai..

Aku menulis dari hati..juga untuk hati..
kerana menulis dari pena hanya dapat dibaca mata..
Menulis dari hati lebih dekat kepada hati..

1 comment:

Azrul Adnan said...

~ aku sentiasa inginkannya..
ayuh..tulislah sesuatu yg dapat merubah hati ini abg..

yang sentiasa memerhati abg..