Pages

Thursday, March 3, 2011

Cita-Citaku Menjadi Penyanyi Rock




Dulu kecik-kecik aku memang nak masuk TV. Katanya nak jadi penyanyi. Berdiri di bawah lampu di ruang tamu. Aku menyanyi lagu rock kapak sambil menari. Zaman rock kapak sedang menyinar. Mana tidaknya. Di bilik makcik yang menjaga aku semasa kecil penuh dengan kaset lagu rock kapak. Makcik aku sentiasa menyorok kaset dari ayahku. Radio cabuk buruk berwarna hitam yang sudah hilang punat ‘play’ nya sentiasa mewarnai dunia jiran tetangga di Taman Seberang Jaya Pulau Pinang.

            Abah dan mamaku jarang ada di rumah. Keluar pagi balik malam. Waktu abah dan mama tiada, waktu itulah suara radio terkenal itu berbunga-bunga melafazkan ikrar cintanya. Bila abah dan mama balik makcik cepat-cepat tutup radio. Abah cukup teliti untuk pastikan anak-anaknya tak terjebak dalam dunia rock. Abah bercita-cita mahukan anaknya menjadi al-Hafiz al-Quran. Dia tak sedar yang anaknya sudah menjadi al-Hafiz bagi lagu-lagu rock kapak. Balik sahaja dari tadika Islam, terus aku jumpa makcik aku dan siap dengan cover kaset. Aku menghafal lirik yang ada di cover kaset.

            Lagu-lagu Kumpulan Gersang nyanyian Man Bai, Iklim Suci Dalam Debu, Spring Sampai Hati, Di Alam Fana Cinta Fotograf, Karam Zabarjad, Sejati Wings, Isabella Search, Kembali Terjalin Slam, Disana Menanti Di Sini Menunggu Ukays, Mahligaimu Dari Airmataku Lestari, Salam Sejahtera Samudera, Damasutra Umpama Mimpi Koko Jelly dan banyak lagi lagu rock leleh dalam kepala.


Namun waktu itu aku hanya menyanyi di bawah lampu neon di ruang tamu. Sambil makcikku menjadi pengkritik tetap. Walaupun kritikan tidak setajam Adlin Aman Ramli. Aku tetap meneruskan nyanyia ber’mikrofon’kan botol bedak. Sambil tangan memetik raket badminton kononnya pengganti gitar. Namun aku bukan Man Kidal.

            Cita-cita untuk menjadi penyanyi seperti Abang Rahmat Mega dengan lagu Bayangan Gurauan sentiasa terpahat di hati. Melakar sejarah untuk menjadi penyanyi kanak-kanak seperti Mamat dengan Kumpulan Existnya sentiasa menjadi impian.

Itu sejarah ketika tadika dan sekolah rendah. Awek yang aku mengorat pada sekolah rendah semuanya dalam ingatan. Gejala menghantar surat di bawah meja awek sekolah rendah tidak dapat dilupakan. Bermain mata dengan pengawas sekolah di perpustakaan. Mengekori ‘cikaro’ di sekolah lain menjadi kebanggaan. Siapa yang ada awek sekolah sebelah dikira habis macho. Waktu itu aku tidak mengenal cinta dengan orang yang berbeza umur. Kalau cinta wajib dengan darjah yang sama.

            Entah mengapa itu kenangan waktu kecil. Untuk jadi topstar dalam nyanyian. Tapi rupanya abah memilih aku untuk ke sekolah agama. Abah dan mama benar-benar mengharapkan anaknya pandai bahasa Arab. Pandai hukum hakam.

            Dari seorang yang bercita-cita menjadi rockers. Berubah dengan mendadak. Menjadi seorang pak lebai. Kopiah yang tak pernah tertanggal melainkan ketika mandi wajib. Semangat untuk menjadi ustaz mula melebar. Rupa-rupanya Allah memilih aku menjadi seorang pak imam hendaknya. Aku sentiasa meminati sebarang bentuk bacaan al-Quran dari mana-mana syeikh Qari luar Negara. Sehingga sanggup bangun tengah malam merakam bacaan Imam Masjidil Haram.


            Sudah menjadi pasti, pak imam seperti aku hanya menetap di surau dan di Masjid. Menerima undangan majlis kematian dan keramaian. Memimpin tahlil dan selawat skop kerjanya. Mengelilingi masjid sekitar menyampaikan ilmu. Dan keluar dari bilik imam tatkala bilal mula meniup pembesar suara. Kerjaya yang cukup glamour di sisi penduduk kampung. Wajah yang sentiasa tampil dalam dunia broadcast di atas ‘Mimbar’nya. Setiap Jumaat ratusan menatap. Inilah dunia Sang Imam. Bukan untuk mengejar glamour. Namun menjadikan diri mereka dikenali satu kemestian. Agar masyarakat mudah mengadu. Menjadikan diri dimiliki umat.
          
  Jauh sekali cita-citaku ketika kecil untuk menjadi penyanyi kegilaan peminat, dengan bidang agama yang aku lalui. Aku lebih mencintai menjadi Imam dari menjadi penyanyi. Bukan salah penyanyi. Namun hati ini berkata “Aku seorang Imam”.

            Hari ini aku bukan setakat seorang Imam biasa. Aku digelar Imam Muda Astro Oasis. Dan tidak pernah terfikir di benakku untuk berada di kaca TV. Untuk bercakap di hadapan Perdana Menteri. Kata-kataku di dengari di Universiti. Sedangkan aku hanya seorang Imam yang tidak punya apa-apa istimewa. Cita-citaku sewaktu kecil rupa-rupanya menjadi realiti. Namun dalam bidang yang berbeza. Walaupun aku seorang Imam, namun memori lirik lagu ‘Rock Jiwang’ masih diingat. Boleh menjangkau 4 Gigabyte.

            Sehingga kini aku tertanya. “ Ya Allah…mengapa Engkau menggerakkan kakiku untuk ke Audition Imam Muda? Mengapa mudah aku berkata ‘YA’ untuk menyertainya. Sedangkan itu bukan mimpiku. Bukan jua arah kompasku. Namun aku menerima andai ini pilihanMu….




19 comments:

[نور عيني] said...

4 Gigabyte! wah sy kalah. dok aci.

di mane makcik tu sekarang?
dia takde kritik versi Imammuda ka

♥cikmOt♥ said...

alhamdulillah...dapat jugak ustaz masuk tv walaupun berbeza kerjaya...
tahniah ustaz...

Ashraf Alam said...

alhamdulillah...yg penting lagu trademark memburu impian haha

Jojoe Ali said...

The Road Not Taken - Robert Frost.
(nak quote sirah tak pandai)

Anonymous said...

semoga ustaz senantiasa eppy yee,,haha

farizamm said...

Tahniah ustaz! Pasti ada hikmah atas setiap apa juga yg berlaku. Ustaz asyraf mmg ustaz berjiwa remaja! =)

Muhd Iqbal Samsudin said...

memang mantap arh kisah ustaz ni...

MyHeart said...

pasti ada hikmah nya ustaz...alhamdulillah.

Firzz Radzi said...

terima kasih ustaz..blog ustaz membuatkan saya mudah utk membuat keputusan dalam hidup..ustaz mengingatkan saya yang x semua yg kita inginkan itu akan kita perolehi..terima kasih ustaz

EB said...

Huuu memang best cerita Ustaz ni..

Cik Aien said...

ALhamdulillah.. impian waktu kecil mnjadi kenyataan.. cuma bezanye title "imam" dan "rock"

ainhavi said...

patotla ustaz ada nyanyi lagu memburu impian di forum penghijrahan cinta di ukm hari tu..hehehe..tahniah ustaz=)

Anonymous said...

Congrats Asyraf,

Saya mengimpikan anak-anak saya menjadikan awak idola mereka..

teruskan usaha... pasti ayahanda berbangga dengan awak.. :)

iz said...

assalamualaikum tok imam.. nak tau x? setiap hari saya akan bukak blog tok imam ni.. nak tau apa entry terbaru. suka sangat. teruskan yang terbaik tok imam

akulah ASYRAF said...

kita merancang....rupanya ada CEO lebih besar dalam menentukan keputusan..

http://alexandriamia.blogspot.com said...

Kita hanya mampu meracang perjalanan hidup kita tapi perancangan allah melebihi segala-galanya..

Norashikin Abdullah said...

4 gigabyte..dsyat tp btol mse rock2 kapak dulu, sape yg x minta lagu diorang, mmg pelik..smpai skrg pun ingt..alhamdulillah IM Asyraf hari ini

Al Basirah said...

salam,

tahniah untuk apa yang ustaz dah kecapi sekarang :)

ustaz, nape dalam rancangan ustaz kopiahnye hilang?

It could be nicer with kopiah :)

~atiQah~ said...

as salam.
tahniah ustaz..moga kelebihan yang Allah beri mampu mengubah ramai lagi anak muda diluar sana untuk menjadi imam muda di masa hadapan,insyaALLAH..