Pages

Tuesday, February 22, 2011

Tangkak Johor : “I Terlupa Nak Pakai Prada”

Hari ini kereta kelisa Kak Husna selesai dipasang tinted. Kereta jambu yang penuh dengan aksesori yang berwarna pink. Bantal love dibelakang cermin. Di tali pinggang ada mashimaro pink. Lapik tempat duduk ada pink. Semuanya pink. Cuma body dan enjin saja warna lain. 



            Terkadang bila aku pergi ceramah di area KL, untuk jimat minyak aku gunakan kereta kelisa pink nih. Sehingga terpalit padaku ‘Ustaz Pinky’. Aku tak kesah. Pinky pun pinky lah. Yang penting jiwa still ada kepahlawanannya… Ehem ehem.

            Selesai hantar kereta kelisa ke rumah. Aku dan Mat terus memecut ala-ala Schumacher menuju ke Ledang Johor. Namanya pun sudah menunjukkan sebuah tempat yang mungkin dianggap ‘Lost World’.
            Keluar sahaja dari exit Tangkak, terus kami ke hotel yang sudah ditempah pihak penganjur. Hotel di tengah-tengah pekan Tangkak. Nama hotel terpaksa dirahsiakan. Bukan takut diserbu. Tapi ianya hotel yang sangat unik. Sampai sahaja di reception hotel.


“Saya nak bilik yang dah dibooking oleh cik ...@#$%...” tanya aku kepada penjaga kaunter.

“Owh…ni bukan Imam Muda Asyraf ker?” Tanya si comel molek di kaunter

“Lebih kurang macam tu lah” Jawab aku dengan malu-malu beruang.

“ Ada bilik yang ditempah. Awak ada berapa orang? Tanya si comel tadi.

“Dua orang saja. Dua2 lelaki. Heheh” aku bergurau dengan kononnya tiada maksiat akan berlaku.

“Tapi cik…bilik katil satu saja..king size” Kata penjaga kaunter sambil tersenyum amoi sebelahnya.

“Ok la tu satu katil…takkan nak 30 katil kot. Itu bukan bilik hotel. Itu bilik dorm. Lagipun dua2 laki.” Semangat aku menghurai walau tanpa dipinta.

            Kedua-dua awek penjaga kaunter tersenyum sinis. Aku tidak paham. Apakah disebalik senyuman mereka. Apa yang begitu lawak. Aku bukan artis Raja Lawak.
            Apabila berjalan menuju ke lif. Mata ini seolah2 terpaku. Terkejut dengan satu jelingan yang sangat indah. Dari bilik belakang pintu hotel. Bajunya iras-iras Lady Gaga. Cuma pada bahunya agak ketat saiz. Mungkin dia tersilap tempah. Kakinya berotot. Mungkin dia mewakili sekolah dalam sukan Sepak takraw. Namun, apapun saiznya, senyuman nya tetap menawan…hehe…

            ‘Wanita’ itu berjalan kucing menuju kepada aku. Perlahan-lahan aku merenung. Aku konfius. Apakah didalam perasaan hati ini. Seram bulu roma. Jantung bergetar. Adakah getarnya jantung kerana tergoda. Atau dek kerana terkesima. ‘Wanita’ itu berada di hadapanku.

“Ni Imam Muda Asyraf kan” Wanita itu meneka dalam suara bak ais kacang. Dicampur segalanya. Ada merdu ada juga garaunya. 

“Ya saya…Imam Muda…cik ni Ustazah Muda ka?” tanya saya seolah-olah tidak mengenali intan mahupun kaca.

“Amboooii…ustaz nih…suka bergurau dengan saya…pandai menyakat pulak tuh.” Menjeling manja ‘wanita’ tersebut. Sehingga tarik krem kaki aku dibuatnya.

“Owh…jadi ni bukan Ustazah Muda la yer…tersilap tekan nombor telefon la saya tadi…”

“Ustaz nih..nak mintak izin tangkap gambar boleh? Manala nak tahu, tengok gambar ustaz boleh insaf ker..hahah” Ketawa yang mengeluarkan suara sebenar identity ‘wanita’ tersebut.

“Awat tak boleh pulak. Nak tangkap tuan punya badan pun boleh..hahah” aku sengaja main tarik tali. Mat kawanku dah gelak bagai nak putus urat tekak. 

            Kami pun bergambar sekali. Yang menariknya dia dengan gaya tersendiri. Menghulurkan sebelah kaki ke depan. Sambil tangan menggantung hand bag mak datinnya. Wah..very vogue. 

“ Terima kasih ustaz…ada masa jumpa la Mas lagi ek di bawah hotel nih.” Dia dengan sengaja perkenalkan diri.

“Mas?...nama penuh aper..? takkan Mas jer..MAS Airline ker, Pisang Emas ker, Atau MASa itu emas..? tanya saya dengan exited.

“Malu lah ustaz…ustaz jangan marah ek..nama saya Masrizal sebenarnya…apa boleh buat ustaz..sy ni dari kecil lagi suka jiwa perempuan nih” Malu-malu tapi mahu dibuatnya ‘Wanita’ yang ada halqum depan aku berkhutbah.

            Lelaki rupanya manusia bertitle Mas. Ku pikirkan perempuan. Walaupun pada asalnya dalam hati ada syubhah dengan identitinya. Dia lari tersipu-sipu sambil mengawal keperibadian sopan santun  lemah gemalainya. Mas sentiasa menjaga adat-adat ketimuran seorang wanita melayu terakhir. Mas lari menuju kepada rakannya di belakang pintu hotel. Semuanya tertunggu-tunggu kehadiran Mas.
            Aku terdengar perbualan antara sesama mereka.

“Eiii..besnya dapat tangkap gambar dengan Imam Muda tuh” Kata Mas kepada rakan-rakannya.

“Wah Mas…terserlah kesolehahan You…hikihik..”ketawa rakan-rakannya yang sama lenggoknya dengan Mas.

“Tak sabar aku nak balik kampung tunjuk kat mak aku calon pilihan…OMG…Mungkin inikah pertemuan jodohku!!!” Hahahaha…ketawa besar semua mereka. Aku yang dari tadi tahan nafas terlepas segala ketawa yang tersimpan di perut. Peceh perut aku dan Mat gelak dengar telatah Mas and Da Geng. Tapi rupanya Mas seolah merengek tidak berpuas hati dengan gambar tadi. Mas memanggilku.

“Ustaz…!!!” panggil Mas dari jauh.

“Kenapanyer Mas…terlupa nak tanya nombor bilik saya ker?Hahah…aku bergurau.


“Isy2 ustaz nih..nakal tau..Bukan aper, gambar nih kureng skit la…” Jerit Mas seakan sedih.

“Kenapa? Tak clear ker kita tangkap tadi? Tanya saya.

“ Dak…hari ni saya tak cantik…Saya terlupa pakai Prada!!!!!”
   

28 comments:

♥cikmOt♥ said...

hahaha...kelakar citer ustaz ni...gmbar ngan mas awat tak tempek sini...hahaha

Dauspozi said...

HAHAHAHAHA... pecah perut duk gelak baca entry ni... pandai jugak ustaz bergurau ye.. :)

Wafiy Suzly said...

ustaz,lawak2..haha..tulisan ustaz best, sangat suka baca..

akulah ASYRAF said...

Gambar dengan Mas tak boleh..semoga Allah mengampuninya...

Anonymous said...

hahahaha
sgt2 lawak la ustaz nieyh!

Norashikin Abdullah said...

haha..cep laki2 upenya...

myidayusof.blogspot.com said...

:))

AcuKulai said...

sayer control nak gelak kuat2 lepaih baca citer nih...sebab ada kat opis...sangat menarik

jalina said...

..buleh tahan jugak Ustaz Muda ni yer...tp dlm pd tu cb2la tarik insan2 sebegini ke arah kebenaran...gunakn sifat humor Ustaz kearah yg benar...amiinn..

Dilla Dil said...

USTAZ!!!HAHAHHA..syokk gla!saye gelak sambil senyum smapai ke tinge dh ni!hahaha...

nadia said...

salam..lawak sgt..pndai noh ustad brmadah..haha
ustd,bila nak mai cramah area perlis?

orangperlis said...

salam..lawak toi posting ustad ni..haha..
ustad,bila nak mai bgi cramah kat perlis?
orang perlis x sabaq nak tunggu dah ni..

LuVLYdOvE said...

salam. sy naik gelak bile baca entri ustaz. walau apa pun, hope 'Mas' itu akn berubah. insyaALLAH.

Hafizi Azmi said...

terbaek la ustaz...~~
kalau jadi kat saya la, xtau la apa saya nak buat..~~
huu...~~

:: Alfi's Blog ::

EB said...

Salam Ustaz,
Hahaha.. Nasib baik Ustaz x ceramah kat dia ek..
Kot2 trus insaf dia..
Btw entri Ustaz ni best..

nurul said...

As salam ustaz...
amboiii...memula bace td igtkan nk gtau pasal keta kak Husna...tup2 sampai hotel la plak! rupa2nya nk gtau pasal terserempak seorang 'wanita'

ape pun, sebuah entry yg agak menarik n semoga 'wanita' 2 segera bertaubat n mendapat keredhaan Allah...Insyaallah...

~~~life isn't perfect'~~~

[نور عيني] said...

THUMBS-UP!!!

tak dapat nak tahan ketawa sakan!

Unknown said...

doakan terbaik untuk Masrizal ye kawan-kawan!

Azlin Azman said...

haha, lawak..moga mas dpt jd cm imam

SyIDaH SaNi said...

hehe.. ustaz.. sy taw hotel 2.. pnh juge p hotel 2 dan penah trserempak pn ngn "mas" 2.. mmg sgt begitu karakter keperempuanannye..

Jojoe Ali said...

Laaa.. lagu ni pun buleh?
Hantam.
Mintak izin letak link kat page saya noo Ustat. Masyeh...

Miz MiM said...

hope ustaz dpt dtg lg ke uitm segmt ni...sdey xdpt tgk ustaz bg cermh aritu...settlekn asgmt yg perlu d siapkn..

Gadis Dari Kampung said...

hahaha.. lawak betul ustaz ni...
teringan pulak nk tgk mas ni. ghahaha

hidayah said...

damn funny..hahahaha

[i.l.y.a] said...

hahahaha. sungguh kelakar.

Ain Shdn said...

tak mampu menaip #pengsan HAHA

Ain Shdn said...

tak mampu menaip #pengsan HAHA

niesah la! niesah!! said...

syok la ustaz ni!~ :) padan pun mas suka.. hehe